Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Sunday, May 29, 2016

Gambar X Ray Memalukan Safiq Rahim Tersebar Dilaman Sosial

Gambar X Ray Safiq Rahim yang memalukan tersebar di laman sosial. Menerusi twitter rasmi kelab penyokong setia JDT Cyber Club, sekeping foto X-Ray kecederaan peha yang dialami oleh Kapten JDT Safiq Rahim tanpa sengaja telah mengaibkan beliau. Gara-gara teruja ingin berkongsikan keadaan terkini Safiq Rahim, pengendali laman tersebut terlupa untuk kaburkan imej bahagian sulit Safiq Rahim yang sepatutnya tidak dipaparkan kepada umum. Susulan insiden tersebut, ramai pengguna telah screenshot gambar berkenaan dan kini berlegar dilaman sosial.


cedera 1



Gambar X Ray Memalukan Safiq Rahim Tersebar Dilaman Sosial
cedera
cedera 2



Pengendali Laman Twitter JDT Cyber Club Tampil Mohon Maaf
Menyedari sesuatu kritikan orang ramai, pengendali laman itu kemudian telah memadam foto yang mengaibkan Kapten JDT tersebut. Tambahnya lagi, beliau memohon maaf kerana tidak periksa terlebih dahulu foto berkenaan sebelum kongsikan dilaman sosial.




memalukan


Sumber:  melvister.com 

Friday, January 22, 2016

Keputusan Rasmi Pemenang Juara Parodi 2015 Akhir

Keputusan rasmi pemenang program Juara Parodi 2015 Akhir. Program Astro Warna Juara Parodi kini sudah di penghujung rancangan pada Jumaat 22 Januari 2016 bertempat di Teater Shah Alam. Seramai lima kumpulan antaranya adalah kumpulan Kobis Pedas, Right Handed, Juri, Abang Face dan Slumber Blur akan berentap di Pentas Akhir Juara Parodi untuk merebut hadiah juara berjumlah RM300,000. Saksikan Juara Parodi Akhir pada jam 10.00 malam Jumaat menerusi Astro Warna (132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD.
juara parodi 2015


Senarai 5 Kumpulan Finalis Juara Parodi 2015
Seramai 5 kumpulan Finalis yang berentap pada Pentas Akhir Juara Parodi antaranya adalah Kobis Pedas, Abang Face, Selamber Blur, Kumpulan Juri dan Right Handed. Setiap kumpulan akan mempersembahkan 2 buah persembahan lagu parodi pada Pentas Akhir Juara Parodi 2015.


finalis


Keputusan Rasmi Pemenang Juara Parodi 2015 Astro
Juara: Kobis Pedas (Wang Tunai RM300,000)
Tempat Kedua: Kumpulan Abang Face
Tempat Ketiga: Kumpulan Juri
Tempat Ke Empat: Slumber Blur
Tempat Kelima: Kumpulan Right Handed
Juara pilihan Peminat Tajaan AuroWhite: Kobis Pedas
Persembahan Terbaik: Kumpulan AbangFace
Lirik Terbaik: Kumpulan Abang Face
Vokal Terbaik: Kumpulan Juri


Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Kobis (Tauke Jambu dan Misha Omar) kerana telah menjuarai Juara Parodi Musim 2015. Kemenangan ini juga merupakan hadiah yang tidak ternilai buat Allahyarham Yus Jambu yang merupakan bekas ahli Kumpulan Kobis.


Sumber:  melvister.com 

Saturday, October 10, 2015

Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015

Keputusan juara dan senarai pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2015. Malam kemuncak Anugerah Planet Muzik kini berlangsung di Suntec Singapura pada Jumaat 8.30 malam 9 Oktober 2015. Anugerah Planet Muzik adalah acara gilang gemilang dan pengiktirafan artis negara serantau dari tiga buah negara antaranya adalah Malaysia, Singapura dan Indonesia. Siaran langsung APM 2015 turut disiarkan bermula pada jam 8.30 malam menerusi Astro Ria saluran 104 dan Media Corp Singapura.

anugerah planet muzik

Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015

Anugerah Khas Planet Muzik 2015

Allyarham A. Ramlie & The Rythmn Boys
Lagu Terbaik Malaysia

Assalamualaikum- Faizal Tahir
Lagu Terbaik Indonesia

Terlalu Lama Sendiri- Kunto Aji
Lagu Terbaik Singapura

Iman League’s ft Lion Story- Lisa
Anugerah Rentas Planet

Anggun
Artis Terbaik Wanita

Raisa- Jatuh Hati
Artis Terbaik Lelaki

Judika- Apakah Ini Cinta
Band Terbaik

Iman League’s ft Lion Story- Lisa
Lagu Paling Popular APM

Taufiq Bautisah- Awak Kat Mane
Artis Paling Popular APM

Fatin Shidqia Lubis
Ikon Media Sosial

Taufiq Bautisah
Duo Kumpulan Terbaik

Rossa dan Afgan- Kamu yang ku tunggu
Kolobrasi Terbaik Artis

Cakra Khan dan Dato Siti Nurhaliza- Seluruh Cinta
Kolobrasi Terbaik Lagu

Sezairi- Jangan Coba Berlari
Artis Baru Lelaki Popular

Kunto Aji- Terlalu Lama Sendiri
Artis Baru Wanita Popular

Elizabeth Tan- Knock-knock
Artis Paling Popular Singapura

Taufiq Bautisah
Lagu Paling Popular Singapura

Awak Kat Mana- Taufiq Bautisah
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Planet Muzik 2015



Sumber: melvister.com

Wednesday, July 29, 2015

Gambar Seksi Zahida Rafik Dan Datin Ezurin Yaacob Tersebar

Gambar seksi Zahida Rafik dan Datin Ezurin Yaacob cetus kontroversi. Menerusi laman sosial Instagram milik bekas pelakon Zahida Rafik, rata-rata pengguna mengecam pemakaian rakannya (terutama yang berbaju hitam) kerana menampakkan separuh daripada bahagian asetnya serta menjolok mata.

Difahamkan, wanita yang berpakaian seksi itu dikenalpasti sebagai Datin Ezurin yang berasal dari kerabat diraja Negeri Sembilan.


zahidah-rafik


Gambar Seksi Zahida Rafik Dan Datin Ezurin Yaacob Tersebar


Foto dalam bulatan (Datin Ezurin Yaacob) bersama Zahida Rafik
datin
zahida zahida-2


Sumber:melvister.com 

Thursday, February 5, 2015

Majlis Perkahwinan Yana Dan Fadzil Akan Ditaja 90%


Tahniah Siakapkeli ucapkan kepada Yana Samsudin dan bakal suaminya Fadzil Zahari kerana bakal mendirikan rumah tangga 13 Februari ini.

Dengar cerita rezeki pasangan yang hendak bina masjid ini mencurah-curah apabila dikhabarkan majlis perkahwinan Yana dan Fadzil ini akan ditaja sehingga 90% dimana Yana hanya keluarkan duit sendiri untuk belanja makan tetamu sahaja.

Semua set pelamin, baju pengantin dan persiapan akan ditaja.

Bagus lah macam tu sebab pendapat admin dengan tajaan itu Yana dan pasanagan dah boleh berjimat dan boleh guna duit itu lepas kahwin nanti untuk urusan rumahtanggakan.

Menurut Yana, segala persiapan untuk majlis perkahwinannya sekarang sudah siap 60% dimana kad jemputan pun baru siap.

"Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri."

"Saya rasa tidak ada salahnya mewar-warkan majlis perkahwinan ini. Lagi pula saya umumkannya selepas semuanya telah ‘confirm’." katanya.

 Memandangkan dalam tempoh tersebut adik yana dan Fadzil masing-masing sedang bercuti semester sebab utama mereka sepakat memilih tarikh berkenaan.

"Tidak ada sebarang pantang larang seperti orang-orang tua kata yang mana tidak boleh bertemu bakal suami seminggu sebelum bernikah. Bagi saya, dalam soal perkahwinan apa yang penting adalah pernikahan. Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar,"Katanya lagi.

Saturday, January 31, 2015

Adik Neelofa Terlanjur

Adik Neelofa

Adik Neelofa Terlanjur | Adik kepada pengacara dan pelakon terkenal Neelofa, Ameera telah menggemparkan dunia seni hiburan apabila melepaskan komen yang agak kasar apabila kakaknya berkongsi gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh bapa saudaranya.
Ramai pihak tidak menyangka gadis berwajah lembut seperti Ameera sanggup mengeluarkan kata kesat berbaur cacian yang sangat kesat.
Adik Neelofa Terlanjur Kata
Gadis yang baru berusia 14 tahun itu akhirnya menyedari akan kesilapannya telah membuang komen tersebut dan kini meminta maaf.
Ameera Minta Maaf
- See more at: http://katakcomel.my/#sthash.NrmbWGWE.dpuf

Thursday, January 29, 2015

Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.

"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) yang berlansung di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.


Pengacara program MeleTOP itu turut bertindak sebagai hos acara berkenaan bersama Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Malah Neelofa turut dicalonkan dalam kategori Hos TV MeleTOP.

Anugerah berkenaan bakal berlangsung pada 22 Febuari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu.

Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

"Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu," jelasnya.

Sementara itu, Neelofa berkata, tahun ini dia mengakui lebih berhati-hati dalam memilih fesyen untuk digayakan pada malam AME 2015.

Jelas Neelofa, kritikan pedas yang diterima pada acara sama tahun lalu telah mengajarnya untuk lebih peka terhadap fesyen yang ingin digayakan.

"Tahun lalu saya kekurangan masa untuk memberi perhatian terhadap perkara itu dan Insya-Allah tahun ini saya ada masa yang agak banyak untuk memberi pandangan kepada pereka fesyen apakah pakaian sesuai untuk malam itu nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa  bakal kembali aktif sebagai pelakon selepas hampir dua tahun tidak tampil dengan sebarang projek terbaharu.

Kata Neelofa, selepas tidak lagi terikat sebagai pengacara Nona dia mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini saya tolak kerana terikat dengab jadual Nona dan tidak mahu menyusahkan rakan artis lain yang turut terlibat untuk ikut jadual saya.

"Insya-Allah saya akan masuk set penggambaran untuk lima buah telefilem pada tahun ini," ujarnya - mStar Online

Tuesday, January 27, 2015

Yassin Yahya Mahu Selesai Tunggakan Sewa Rumah RM30,000 Cara Baik



PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya hanya bersedia memberi kenyataan selepas isu tertunggak hutang sewa rumah lebih RM30,000 selesai.

Isteri pelawak itu, Farah Wahida Maharidan berkata, suaminya memerlukan sedikit masa untuk berhadapan dengan media kerana pada masa ini dia dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak tuan rumah secara baik.

"Kami memang memilih untuk tidak beri apa-apa kenyataan buat masa ini dan Insya-Allah apabila semuanya sudah selesai dia (Yassin) akan buat satu sidang media dalam masa terdekat ini.

"Sekarang dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Farah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kegagalan pelawak itu untuk menyelesaikan tunggakan sewa rumah lebih daripada RM30,000.

Kegagalan Yassin, 37, membayar RM1,450 sebulan menyebabkan tuan rumah berkenaan naik angin lalu melelong segala barangan milik pelawak itu.

Sementara itu, Farah berkata, Yassin kini berada dalam keadaan tertekan dan belum bersedia untuk memberi pendedahan dan menjelaskan perkara itu.

"Ya, keadaan dia sihat cuma agak sedikit tertekan dengan perkara ini dan belum bersedia untuk bertemu dengan sesiapa.

"Tentang tunggakan itu ada sedikit salah faham antara kami dan tuan rumah dan ia sedang diselesaikan secara baik," ujarnya. - mStar Online

Friday, January 23, 2015

Shah Slam Bongkar Salah Satu Kebaikan Zamani


SEPERTI yang kita sedia maklum vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan kerana positif unjian dadah. Kemudiannya seorang anggota polis telah menyebarkan sebuah klip video Zamani menyanyi dalam keadaan bergari.

Bagaimanapun, tindakan angota polis itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana merakam serta menyebarkan klip video tersebut yang ternyata membuka aib Zamani lebih lebih lagi dalam keadaan bergari.

Mungkin kerana kesal dengan apa yang berlaku, aib sahabatnya tersebar, Shah Slam yang juga merupakan anggota kumpulan Slam telah memuat naikkan status menerusi akaun Facebook miliknya yang membela Zamani.

Menurutnya, walaupun kita semua tahu satu perkara yang buruk berkenaan Zamani, bagaimanapun masih banyak kebaikan yang ada pada Zamani yang kita tidak tahu. -Siakapkeli.com.my

Tuesday, January 20, 2015

Awie Luah Hasrat Mahu Serah Semua organnya Bila Meninggal Nanti


Penyanyi rokers terkenal tanah air Ahmad Azhar Othman, 47, atau lebih dikenali dengan nama Awie telah meluahkan hasratnya untuk menderma semua organ dalaman bandannya apabila beliau meninggal nanti.

Awie berpendapat tindakan tersebut merupakan amalan yang sungguh mulia dan merupakan amal jariah yang terbesar dala hidupnya jika berbuat demikian.

”Saya berasakan menderma organ itu amat baik kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” ujarnya.

Beliau dalam pada masa yang sama menyeru orang ramai untuk bersama-sama beliau mengiystihar menderma organ apabila meninggal nanti.

Perkara ini sebenarnya dapat membantu pesakit yang betul-betul memerlukan di mana di luar sana ramai pesakit menderita kerana masalah kegagalan fungsi organ mereka.

Hasrat ini telah diluahkan ole baliau semasa berada dalam program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan Isnin lalu.

Buat mereka yang berhasrat mendermakan organ bolehlah layari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan.

Kenapa Lagu ‘Apa Khabar’ Juarai AJL29? Ini Jawapannya

JOE Flizzow (kanan) bersama SonaOne menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-29 di Stadium Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Menepati ramalan, lagu Apa Khabar dendangan Joe Flizzow menampilkan SonaOne diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang berlangsung malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu berkenaan sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21 yang diadakan tahun lalu.

Lagu Dayang Nurfaizah yang disebut-sebut sebagai saingan sengit lagu Apa Khabar berada di tempat ketiga.

Menurut Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak sebagai salah seorang juri profesional pertandingan karya lagu kebanggaan TV3 itu, menghuraikan pandangan kenapa lagu Apa Khabar mengungguli AJL29 di akaun laman Facebook miliknya.

Beliau juga sejujurnya amat berpuas hati dengan keputusan penuh AJL29.

"Pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara amat tepat kerana ia mempunyai ciri-ciri bertaraf antarabangsa selain condong kepada bentuk lagu aliran terkini yang cukup kreatif daripada segi melodi yang bersahaja.

"Malah tag line lagu ini yang senang kita ingat iaitu aku tanya apa khabar. Keseluruhan melodinya juga mesra. Kalau dikupas liriknya satu persatu dapat dilihat dengan lebih jelas maksud yang Joe Flizzow rapkan.

"Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan . Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-ala percintaan dan bentuk yang stereotype. Bagi saya, mereka telah melonjakkan satu dimensi muzik baru dalam arena industri muzik Malaysia. Yang mampu diletakkan di arena muzik global," katanya.

Mokhzani berkata, memilih lagu terbaik dapat dilihat pada kreativiti melodinya dengan kupasan lirik dalam penyampaiannya.

"Impak lagu ini nampak hidup dalam genre yang dipilih. Penyanyi hanya sebagai penyampai. Apapun lagu yang baik datang dengan pakej yang melengkapi segala-galanya.

"Perlu diingat segala yang kita tengok atas pentas daripada aspek lain termasuk gubahan, set dan kreatif persembahan adalah nilai tambah semata-mata.

"Kesimpulannya walau genre apa sekalipun yang mereka pilih, kualiti tetap menjadi perkara utama. Karya seni ini tidak terbatas pada muzik mood ala-ala Melayu. Muzik Malaysia ini kalau boleh kita mahu ke pasaran antarabangsa .

"Kalau tak dia hanya berlegar-legar dari Perlis ke Sabah saja. Sebelum ini lagu balada lebih mendominasi AJL sedari dulu. Biasalah kebanyakan lagu balada terutamanya cepat meresap ke dalam jiwa pendengar. Melodinya balik-balik akan ke arah situ juga," katanya.

Mokhzani turut menjelaskan kebanyakan lagu balada cepat sampai ke jiwa terutamanya pendengar Melayu kerana jiwa Melayu dengan terma minor tak dapat dilarikan. Ia cepat menangkap telinga dan jiwa tetapi perlu kita sedar cabang atau genre muzik ini luas.

Katanya, kreativiti ini tidak terbatas pada satu genre dan peluang sama rata kepada yang terbaik daripada genre yang berbeza perlu diberikan. Lagu Apa Khabar katanya menyerlahkan bagaimana sesebuah lagu bentuk baru menjadikan ia unik kekuatannya dan lain dari yang lain.

"Yang balada ini kalau ia boleh melarikan dari kebiasaan, baru akan nampak kelainan. Bukan tak bagus. Kualitinya ada tetapi banyak sangat lagu sedemikian di pasaran. Malah kalau dipanggil juri luar negara pun pasti mereka melihat dari persepsi yang sama.

"Lagu terbaik perlulah kalau boleh mempunyai ciri standard pasaran antarabangsa. Sudah sampai masa kita ubah aliran. Menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan mungkin susah tapi kalau tak dimulakan dari sekarang bila lagi kita akan berada di takuk lama.

"Ubah aliran kepada yang lebih baik sekurang-kurang ia sebagai satu anjakan atau lonjakan. Kadang-kadang apa yang kita minat itu sebenarnya kita menjurikan berdasarkan naluri kita sendiri dan tidak bolehlah kita memaksa semua hendak mengikut kehendak kita," katanya yang cukup terkesan dengan persembahan Mojo menampilkan penyanyi cacat penglihatan mendendangkan RomanCinta.

Mokhzani di akhir catatannya turut mengucapkan tahniah kepada pihak produksi AJL 29 dan TV3 atas penganjuran yang cukup gemilang itu.

"Tak lupa tahniah diucapkan kepada Dayang Nurfaizah. Tiada yang lebih layak untuk merangkul kategori Vokal Terbaik selainnya. Daripada awal buka mulut sampai akhir susah nak jumpa salah Dayang.

"Pitching, penghayatan dan keyakinan di atas pentas tidak goyang. Tahniah juga kepada pemuzik orkestra pimpinan Datuk Ramli MS yang sangat hebat dan juga pemenang lain. Semua komposer dan penyanyi yang bertanding amat saya kagumi bakat kalian," katanya.

Selain Mokhzani, persembahan 12 finalis AJL29 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Acis, Loque, Cat Farish, Azlan Abu Hassan dan Moots (Pop Shuvit) dan Azmeer bertindak sebagai ketua juri. ─ BH Online

Sunday, January 18, 2015

Chef Wan Tutup TV Kerana Qu Puteh Di Anugerah Juara Lagu Ke 29



Kami rasa kami boleh faham perasaan Chef Wan yang meluahkan rasa jelak dengan kaedah iklan yang digunakan oleh jenama kecantikan Qu Puteh di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang berlangsung malam tadi. Naik muak juga mendengar.
Menerusi akaun Instagram beliau hari ini Chef Wan berkongsi pendapat beliau tentang pengiklanan produk Qu Puteh yang berlebihan ketika AJL 29 berlangsung sehingga beliau mengambil keputusan untuk menutup televisyen selepas hanya beberapa minit siaran.
“I was trying to watch the Juara Lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that become a huge turn off that I actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all,” tulisnya.
Chef Wan juga menceritakan pengalaman beliau bersama sebuah jenama makanan sebelum ini yang memaksa beliau untuk menyebut jenama tersebut setiap kali bahan atau produk digunakan dalam program masakan beliau beberapa tahun lalu.
“There this penyakit with Malaysian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do! Pekak ke atau buta ke kita penonton jika diajukkan sekali dua bahan putih itu not to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again”
“So distasteful,” tambah Chef Wan lagi. Ada benar juga apa yang dikatakan chef selebriti popular ini. Semoga Qu Puteh selepas ini boleh ambil iktibar supaya menggunakan kaedah pemasaran yang tidak terlalu menjengkelkan khalayak ramai selepas ini. (rtky/m)

AJL 29 Anugerah Lagu : Sultan Murka Kemenangan Lagu Apa Khabar

Joe Flizzow dan SonaOne

Sultan Murka Kemenangan Lagu Aku Tanya Apa Khabar | Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) telah menobatkan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne sebagai Juara Lagu pada edisi kali ini.
Namun, ada segelintir pihak juga yang tidak menyokong dengan keputuan juri AJL 29 yang memilih lagu Apa Khabar sebagai juara termasuklah Sultan Melaka.
Sultan Murka Kemenangan Lagu Aku Tanya Apa Khabar
- See more at: http://katakcomel.my/#sthash.ZmDbKr5X.dpuf

Rozana Misbun Puja Patung Kelamin Lelaki Dalam Rumah

Awie Dan Rozana Misbun

Rozana Misbun Puja Patung Kelamin Lelaki Dalam Rumah | Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun telah mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.
Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik dan khurafat dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang.
Mohd Zaidi menyatakan anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.
Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.
“Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.
“Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu,” katanya.Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu.
“Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga.
“Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon,” jelasnya lagi.
Tambah Mohd Zaid, Rozana juga seorang yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan mereka sendiri mengadu kepada pemohon diabaikan oleh ibu sendiri selain tugas menjaga diserahkan kepada pembantu rumah sekiranya pemohon berada diluar kawasan.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Rozana iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman terdahulu dalam penghujahannya memberitahu mahkamah alasan dikemukan pihak pemohon terhadap kes terbabit adalah bersifat masalah di antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak mereka.
Tambahnya, dakwaan terhadap Rozana berhubung isu khurafat tidak dapat disahihkan kebenarannya selain melihat isu keterdesakan yang dibuat pemohon terhadap kes itu tidak kukuh.
- See more at: http://katakcomel.my/rozana-misbun-puja-patung-kelamin-lelaki-dalam-rumah/#sthash.0NaE2FAA.dpuf

Ainan Tasneem ‘Bermesra’ Dengan Kekasih Dalam Kereta

Ainan Tasneem

Ainan Tasneem ‘Bermesra’ Dengan Kekasih Dalam Kereta | Penyanyi yang mula popular menerusi YouTube, Ainan Tasneem telah dikatakan bermesra-mesraan dengan kekasihnya di dalam kereta Honda Jazz warna biru.
Ainan Tasneem keluar dari kedai makan bersama kekasihnya dengan berpegang tangan dan kemudian memasuki kereta untuk bermesra hampir selama 45 minit.

“Mungkin nama saya tidak segah seperti selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.
“Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata.
“Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.
“Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan ‘bermesraan’ pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal.
“Jika benar saya berkelakuan tidak senon0h mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?
“Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah.
“Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak,” luahnya dengan panjang lebar.

Wajah Dan Identiti Sebenar Encik Mimpi Terbongkar !

Akhirnya dia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis.

“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya di majlis pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta di ibu kota, kelmarin.

Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut.

Kata Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya di blog, YouTube dan akaun laman sosialnya yang lain, dia lebih selesa dikenali dengan nama penanya itu




Saya akui mula-mula melangkah masuk dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh.

“Semakin kerap saya berurusan dengan mereka, semakin saya faham kerja mereka dan kebanyakan wartawan menghormati apabila diminta merahsiakan identiti saya asalkan kita berterus terang dengan mereka.

“Dulu saya tidak faham, kalau buat pendedahan nama sebenar mungkin ia membunuh elemen misteri yang menjadi identiti Encik Mimpi. Tetapi, saya sekarang sudah lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya,” katanya yang masih merahsiakan maklumat lain untuk terus kekal dengan imej sedemikian.

Mencuri perhatian umum dengan pelbagai video parodi serta video nyanyian lagu-lagu saduran di YouTube, percubaan Encik Mimpi menghasilkan lagu sendiri turut mendapat sambutan luar biasa.

Sehingga kini, dia sudah memiliki hampir 100 video, 50,000 pelanggan dan hampir lapan juta tontonan di YouTube.

Single pertamanya, Rindukanlah yang membawanya masuk ke arena muzik tempatan adalah lagu ciptaan pengurusnya ,Rumnan Rumhadi.

Beraja di kebanyakan carta radio berbahasa Melayu tempatan, sambutan baik terus diberikan pendengar untuk single keduanya, Ayuh Tinggalkan Dia.


Dilamar orang Indonesia

Lagu Ayuh Tinggalkan Dia ciptaannya sendiri itu turut membawa tuah kepada penyanyi dengan kelulusan ijazah kejuruteraan dari Universiti Malaya itu apabila dilamar syarikat rakaman Indonesia, Proactive sebagai artis naungan mereka selama dua tahun.

“Alhamdulillah mereka melamar saya melalui e-mel selepas tertarik mendengarkan lagu Ayuh Tinggalkan Dia.

“Memang dalam album saya lagu ini yang paling mencabar kerana muziknya agak berbeza selain disuntik sedikit elemen dangdut. Tidak mustahil elemen dangdut itu antaranya membuatkan pihak di Indonesia tertarik.

“Selepas meneliti kontrak termasuk latar belakang beberapa artis yang menaungi syarikat itu, saya bersetuju untuk menerima lamaran ini.

“Komitmen saya adalah mengikuti promosi jelajah yang disusun, memenuhi undangan persembahan, perlu menghasilkan lagu selain merekodkan semula semua lagu yang terdapat dalam album Encik Mimpi – Selamat Malam Cinta dalam dialek Indonesia.


Sanggup berhenti kerja

Berikutan komitmen yang semakin tinggi dalam bidang muzik, Encik Mimpi nekad melepaskan jawatannya dengan sebuah syarikat teknologi maklumat bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada nyanyian.

“Dulu saya anggap pembabitan dalam bidang muzik hanya suka-suka, tetapi kini menjadi satu bidang yang serius,” katanya.

Tidak menyesal de­ngan keputusannya itu, Encik Mimpi yakin dia mampu berjaya dalam bidang nyanyian selagi ada usaha, keinginan dan bersedia dengan perancangan masa depan.

Menyingkap barisan lagu yang menghiasi album sulungnya, selain Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia, empat lagu lain yang tidak kurang menarik adalah Menu Cintaku (gandingan bersama kumpulan AT-RI), Hikmah Di Atas Segalanya (paduan suara bersama Ronnie Hyper Act, Nomad dan Aepul Roza) dan Selamat Malam Cinta yang turut ditampilkan dalam versi Indonesia.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews