Penyanyi rokers terkenal tanah air Ahmad Azhar Othman, 47, atau lebih dikenali dengan nama Awie telah meluahkan hasratnya untuk menderma semua organ dalaman bandannya apabila beliau meninggal nanti.
Awie berpendapat tindakan tersebut merupakan amalan yang sungguh mulia dan merupakan amal jariah yang terbesar dala hidupnya jika berbuat demikian.
”Saya berasakan menderma organ itu amat baik kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan.
”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” ujarnya.
Beliau dalam pada masa yang sama menyeru orang ramai untuk bersama-sama beliau mengiystihar menderma organ apabila meninggal nanti.
Perkara ini sebenarnya dapat membantu pesakit yang betul-betul memerlukan di mana di luar sana ramai pesakit menderita kerana masalah kegagalan fungsi organ mereka.
Hasrat ini telah diluahkan ole baliau semasa berada dalam program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan Isnin lalu.
Buat mereka yang berhasrat mendermakan organ bolehlah layari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan.