Thursday, May 26, 2016

TM Umum Pakej Jalurlebar Tetap Serendah RM38 Sebulan

Dengan pengumuman penurunan harga jalurlebar yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Telekom Malaysia (TM) selaku penyedia jalur lebar talian tetap terbesar di Malaysia, menyahut seruan tersebut dengan mengumumkan dua pakej jalur lebar yang baru.
Pakej pertama yang diumumkan TM ialah pada kadar RM38 sebulan (tidak termasuk GST) dengan kelajuan 1Mbps serta kuota data 1GB. Menurut TM, pakej ini lebih murah 57% berbanding pakej 1Mbps sedia ada dengan kadar RM88 sebulan. Pakej ini akan sedia dilanggan bermula 16 Jun 2015.
Manakala tawaran kedua TM pula ialah pakej tiga-dalam-satu UniFi 10Mbps, dengan kadar yang dikatakan 10% lebih rendah, hanya RM179 sebulan berbanding RM199 sebelum ini.  Pakej UniFi ini memberikan tiga perkhidmatan dengan satu bayaran iaitu internet jalur lebar tanpa had, panggilan telefon talian tetap tanpa had ke seluruh negara dan juga 22 saluran asas HyppTV.

HyppTV logo

TM memaklumkan, sehingga hari ini terdapat lebih 2.2 juta pelanggan di rumah serta pelanggan perniagaan di seluruh negara, menggunakan perkhidmatan jalur lebar dari TM.
TM menyasarkan pakej baru 1Mbps kepada pengguna yang hanya melayari internet bagi mengakses media sosial, e-mel dan melayari laman web. Dengan kuota 1GB, pengguna boleh melayari Internet selama 40 jam atau menonton klip video YouTube selama 4 minit sebanyak 70 kali. Tidak dapat dipastikan kualiti video bagaimana untuk penggunaan sebanyak ini. Jika mahukan penggunaan internet tanpa had, TM masih menyediakan pakej 1Mbps tanpa had kuota pada kadar RM110 sebulan.
stmx_BB-1Mbps
Pelanggan boleh melanggan atau mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai pakej 1Mbps bermula 16 Jun 2015, dan pakej 10Mbps pada 15 Julai 2015, di cawangan TMpoint di seluruh negara. Tertakluk kepada terma dan syarat-syarat langganan perkhidmatan. Kesemua harga yang disebut di atas tidak termasuk GST.
[Sumber]

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews