Saturday, January 17, 2015

NUR FATIHAH SAQIRA MOHD TAHIR PELAJAR WANITA IPT BAKAL DIGANTUNG SAMPAI MATI

NUR FATIHAH SAQIRA MOHD TAHIR PELAJAR WANITA IPT BAKAL DIGANTUNG SAMPAI MATI |  Jasin: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) bersama rakan lelakinya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun.
ipt


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir, 19, dari Segamat, Johor dan Firdaus Abd Karim, 19, dari Kandang, Melaka ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencapai niat membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin, 27, di antara Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau, di sini antara jam 11.30 malam 31 Disember 2014 hingga jam 1 pagi 1 Januari 2015.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
- See more at: http://eberita.org/nur-fatihah-saqira-mohd-tahir-pelajar-wanita-ipt-bakal-digantung-sampai-mati/#sthash.vGBscu7s.dpuf

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews