Monday, April 24, 2017

SUBJEK TERAS BIOTEKNOLOGI SUMBER WS47 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS )

Image result for biotechnology




LIST OF CORE COURSES IN BIOTECHNOLOGY RESOURCE PROGRAMME- BIOTEKNOLOGI SUMBER WS 47 ( TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA )

Saya akan kongsikan senarai subjek yang akan diambil jika memilih untuk sambung pelajaran dalam

Bachelor's Degree in Resource Biotechnology di University Malaysia Sarawak. Program ini mengambil masa selama tiga tahun. Oleh kerana program ini amat singkat berbanding program lain di universiti lain, jadual pembelajaran adalah sangat packed dalam 1 sem. 

Untuk makluman anda, saya adalah pelajar dalam jurusan ini untuk batch 2013/2014 dan telah bergaduasi pada 16 November 2016.

YEAR 1

 SEM 1
                                                              
                                                                        
*Cell Biology
*General Genetics
*Biodiversity
*Statistics for Biology 1
*Analytical Chemustry 1

SEM 2

*Biochemistry
*Plant Physiology
*Microbiology 
*Statistics for Biology 2


YEAR 2
SEM 3

*Advanced Microbiology
*Advance Biochemistry
*Advance Genetics
*Development Biology
*Field Technique for Biotechnology
*Plant and Animal Biotechnology

SEM 4

*Scientific Communication
*Cell and Tissue Culture
*Virology and Immunology
*Recombinant DNA Technology
*Animal Physiology
*Natural Resource Management and Legislation


YEAR 3

SEM 5

*Environmental Biotechnology
*Bioprocess Technology
*Bioinformatics
*Enzymology
*Molecular Biology
*Food Biotechnology
*Final Year Project 1

SEM 6

*Fuctional Genomics and Proteomic
*Medical Biotechnology
*Socio-economic and Ethical Issue in Biotechnology
*Final Year Project 2

SEM 7

*Industrial Training


Untuk Industrial Training, pelajar perlu memilih tempat sesuai untuk menjalankan latihan praktikal. Company yang mempunyai makmal dan bahagian penyelidikan amatlah sesuai untuk dipilih. Latihan Industri adalah selama 3 bulan.


Friday, June 3, 2016

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Jun 2016

Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Jun 2016. Harga pasaran minyak mentah dunia menyaksikan purata kenaikan yang mendadak sebanyak 20 peratus di sepanjang bulan Mei 2016. Bagaimanapun, kerajaan secara rasminya telah mengumumkan harga RON95, RON97 dan Diesel kekal dan tidak berubah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016. Pengumuman harga rasmi bagi ketiga-tiga bahan api itu telah diumumkan menerusi pekeliling yang diedarkan di stesen minyak tempatan selepas pada jam 8.00 malam Selasa 31 Mei 2016. Ini bermakna harga RON95 kekal pada paras semasa RM1.70 seliter manakala RON97 kekal RM2.05 seliter termasuk GST dan Diesel kekal RM1.55 sen seliter berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi 1 Jun 2016.



harga-minyak-jun-2016



Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2016 (Rasmi)
  • RON95: RM1.70 (Kekal)
  • RON97: RM2.05 Seliter Termasuk GST (Kekal)
  • Diesel: RM1.55 Seliter (Kekal)
Pengumuman Rasmi: Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel kekal dan tidak berubah seperti bulan sebelumnya. Meskipun harga minyak mentah dunia naik sebanyak 20 peratus, kerajaan tetap melaksanakan tiada kenaikan bagi RON95, RON97 dan Diesel berkuatkuasa mulau Jun 2016.
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Sepanjang Tahun 2016
Mei 2016
  • RON95: RM1.70 Seliter (Kekal)
  • RON97: RM2.05 Seliter Termasuk GST (Kekal)
  • Diesel: RM1.55 Seliter (Kekal)
April 2016
  • RON95: RM1.70 Seliter
  • RON97: RM2.05 Seliter Termasuk GST
  • Diesel: RM1.55 Seliter
Mac 2016
  • RON95: RM1.60/ liter
  • RON97: RM1.95/ liter termasuk GST
  • Diesel: RM1.35/ Liter
Februari 2016
  • RON95: RM 1.75 sen seliter
  • RON97: RM 2.05 sen seliter termasuk GST
  • Diesel: RM1.35 sen Seliter
Januari 2016
  • RON95: RM 1.85 sen seliter
  • RON97: RM 2.25 sen seliter termasuk GST
  • Diesel: RM1.60 sen Seliter


Sumber:  melvister.com 

Download Full 70 Koleksi Lagu Hari Raya Aidilfitri

Mari download 70 koleksi lagu sempena hari raya aidilfitri 2011 disini secara percuma. Hari raya aidilfitri dah semakin tiba, mesti ramai dah yang tidak sabar untuk mendendangkan lagu hari raya untuk memeriahkan lagu suasana. Berikut adalah senarai 70 lagu hari raya aidilfitri yang boleh anda muat turun.






Cara untuk mendownload mp3 raya:
  1. Klik pada tajuk lagu dibawah.
  2. Anda akan dibawa ke halaman adf.ly > tunggu sehingga tertera SKIP AD pada halaman tersebut.
  3. Anda akan masuk ke ruangan download mediafire.
  4. Klik pada Click here to start download from MediaFire.. untuk memulakan proses download.
Pilih mana-mana lagu yang anda suka dan klik untuk download percuma:


kredit kepada rakan: faizal & wowberita


Sumber: melvister.com 

Sunday, May 29, 2016

Gambar X Ray Memalukan Safiq Rahim Tersebar Dilaman Sosial

Gambar X Ray Safiq Rahim yang memalukan tersebar di laman sosial. Menerusi twitter rasmi kelab penyokong setia JDT Cyber Club, sekeping foto X-Ray kecederaan peha yang dialami oleh Kapten JDT Safiq Rahim tanpa sengaja telah mengaibkan beliau. Gara-gara teruja ingin berkongsikan keadaan terkini Safiq Rahim, pengendali laman tersebut terlupa untuk kaburkan imej bahagian sulit Safiq Rahim yang sepatutnya tidak dipaparkan kepada umum. Susulan insiden tersebut, ramai pengguna telah screenshot gambar berkenaan dan kini berlegar dilaman sosial.


cedera 1



Gambar X Ray Memalukan Safiq Rahim Tersebar Dilaman Sosial
cedera
cedera 2



Pengendali Laman Twitter JDT Cyber Club Tampil Mohon Maaf
Menyedari sesuatu kritikan orang ramai, pengendali laman itu kemudian telah memadam foto yang mengaibkan Kapten JDT tersebut. Tambahnya lagi, beliau memohon maaf kerana tidak periksa terlebih dahulu foto berkenaan sebelum kongsikan dilaman sosial.




memalukan


Sumber:  melvister.com 

Thursday, May 26, 2016

TM Umum Pakej Jalurlebar Tetap Serendah RM38 Sebulan

Dengan pengumuman penurunan harga jalurlebar yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Telekom Malaysia (TM) selaku penyedia jalur lebar talian tetap terbesar di Malaysia, menyahut seruan tersebut dengan mengumumkan dua pakej jalur lebar yang baru.
Pakej pertama yang diumumkan TM ialah pada kadar RM38 sebulan (tidak termasuk GST) dengan kelajuan 1Mbps serta kuota data 1GB. Menurut TM, pakej ini lebih murah 57% berbanding pakej 1Mbps sedia ada dengan kadar RM88 sebulan. Pakej ini akan sedia dilanggan bermula 16 Jun 2015.
Manakala tawaran kedua TM pula ialah pakej tiga-dalam-satu UniFi 10Mbps, dengan kadar yang dikatakan 10% lebih rendah, hanya RM179 sebulan berbanding RM199 sebelum ini.  Pakej UniFi ini memberikan tiga perkhidmatan dengan satu bayaran iaitu internet jalur lebar tanpa had, panggilan telefon talian tetap tanpa had ke seluruh negara dan juga 22 saluran asas HyppTV.

HyppTV logo

TM memaklumkan, sehingga hari ini terdapat lebih 2.2 juta pelanggan di rumah serta pelanggan perniagaan di seluruh negara, menggunakan perkhidmatan jalur lebar dari TM.
TM menyasarkan pakej baru 1Mbps kepada pengguna yang hanya melayari internet bagi mengakses media sosial, e-mel dan melayari laman web. Dengan kuota 1GB, pengguna boleh melayari Internet selama 40 jam atau menonton klip video YouTube selama 4 minit sebanyak 70 kali. Tidak dapat dipastikan kualiti video bagaimana untuk penggunaan sebanyak ini. Jika mahukan penggunaan internet tanpa had, TM masih menyediakan pakej 1Mbps tanpa had kuota pada kadar RM110 sebulan.
stmx_BB-1Mbps
Pelanggan boleh melanggan atau mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai pakej 1Mbps bermula 16 Jun 2015, dan pakej 10Mbps pada 15 Julai 2015, di cawangan TMpoint di seluruh negara. Tertakluk kepada terma dan syarat-syarat langganan perkhidmatan. Kesemua harga yang disebut di atas tidak termasuk GST.
[Sumber]

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews