Bila sebut akan ulat bulu teringat admin pesan ibu masa kecik-kecik dulu kalau terkena ulat bulu cepat-cepat gosok tempat tersebut dekat rambut sebab nak bagi hilang gatal. Kalau tak pun ambik arang belanga gosok.
Ulat bulu atau dalam bahasa latinnya desiciria inclusa merupakan tahap larva dari kupu-kupu dan rama-rama. Tahap ini biasanya akan berlaku dalam sekitar masa dua minggu hingga sebulan sebagai sebahagian dari proses Metamorfosis.
Kupu-kupu dan rama-rama memiliki empat tahap kehidupan: telur, larva (tahap ulat), pupa (fase kepompong), dan dewasa (kupu-kupu). Ulat adalah binatang herbivor yang kebiasaannya pemakan yang sangat rakus sehingga dianggap hama dalam dunia pertanian.
Kali ini Siakapkeli akan berkongsikan kepada anda 10 jenis ulat bulu yang amat cantiik tetapi di sebalik kecantikan rupa ulat bulu ini sebenar ia adalah ulat bulu paling berbahaya di dunia.
1. Saddleback Caterpillar
- Ulat yang cantik, tapi harus berhati-hati kerana jika terkena racunnya boleh menyebabkan tempat terkena racun tersebut bengkak,naik ruam dan boleh membuatkan anda rasa mula dan muntah selama beberapa hari.
- Ulat ini merupakan ulat bulu rakus memakan segala jenis tanaman.
2. Cinnabar Moth Caterpillar
- Juga tergolong daam ketegori rakus, tetapi ulat bulu ini lebih extreme kerana jika makanan di sekeliling habis mereka akan memekan sesama sendiri.
- Untuk mempertahankan diri ulat ini diselaputi racun yang cukup untuk mematikan pemangsa kecil.
- Jika tersentuh manusia racun tersebut akan menyebabkan gatal dan ruam seluruh badan.
3. Monarch Caterpillar
- Penampilan yang agak lucu kerana terdapat garis hitam putih dengan latar belakang kuning seperti seekor harimau.
- Jika ia sudah menetas ulat ini agak sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya begitu kecil tetapi proses tumbesarannya amat cepat boleh mencapai 5 cm dalam masa beberapa hari.
- Jika terkena racun ulat ini boleh membuatkan tempat tersebut bengkak dan lebam.
4. Gypsy Moth Caterpillar
- Ciri khas ulat ini ialah memiliki buu di kepalanya dan uniknya terdapat hanya sedikit bulu tumbuh pada badannya.
- Ulat ini boeh menyebabkan dahan yang menjadi habitatnya mati kerana renjisan racunnya yang kuat.
5. Puss Caterpillar
- Merupakan ulat bulu paling baracun di Amerika Utara.
- Jangan tetipu dengan penampilan seperi bulu kucing kerana setiap bulu tersebut mempuanyai racun yang kuat.
- Jikat terkena racun boleh menyebabkan sakit kepala, mual dan muntah.
6. Stinging Rose Caterpillar
- Berukuran kurang 1 inci.
- Memiliki bulu berduri dan terdapat kelenjar racun.
- Jika terkena manusia boleh menyebabkan ruam dan hipersensitif.
7. Hickory Tussock Caterpillar
- Ulat ini juga menyebabkan ruam dan reaksi hipersensitif jika terkena pada badan manusia.
- Ulat ini umunya hanya terdapat pada buan jun hingga september dan hanya ditemui di Kanada dan Amerika Utara.
8. Io Moth Caterpillar
- Ulat ini mengeluarkan dua jenis racun merbahaya dari bahagian punggungnya.
- Jika terkena badan manusia akan menyebabkan rasa kulit seperti terbakar dan keradangan.
9. Spiny Oak Slug Caterpillar
- Ulat ini warnanya amat menarik dan berukuran kurang satu inci.
- Jika terkena racunya boleh menyebabkan reaksi yang amat parah dan sangatmenyakitkan seperti terbakar.
10. Bag Shelter Catterpillar
- Ulat bulu paling berbahaya di dunia.
- Biasanya boleh mengakibatkan kematian kepada manusia.
- Gejala awal jika terkena racun ulat ini ialah ruam seluruh badan dan sesak nafas.
Sungguh berbisakan? walaupun luarannya amat cantik tetapi bahaya yang menanti kita tidak tahu. Tapi jangan risau kerana kebanyakn ulat tersebut tidak ada di Malaysia tercinta ini.-