Monday, January 19, 2015

Brazil, Belanda Tak Puas Hati Dengan Indonesia



Jakarta: Brazil dan Belanda memanggil balik duta masing-masing dari Indonesia dan menyatakan rasa marah kepada Jakarta semalam, selepas rayuan kedua-dua negara supaya warga mereka tidak dihukum mati, diabaikan.

Enam pesalah dadah, termasuk dari Vietnam, Malawi dan Nigeria maut di depan laras senapang penembak tepat semalam.

Seorang daripada pesalah itu adalah warga Inonesia sendiri.

Ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama di bawah pentadbiran Presiden Jokowi.

Jurucakap Presiden Dilma Roussef berkata, pemimpin Brazil itu tertekan dan berang selepas Jakarta tidak mengendahkan rayuan saat-saat akhir untuk tidak membunuh Marco Archer Cardoso Moreira yang disabitkan kesalahan menyeludup kokain pada 2004.

“Menggunakan hukuman mati ketika ia semakin ditolak komuniti antarabangsa memberi kesan serius kepada hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Jurucakap itu berkata, Duta Brazil dipanggil pulang untuk proses rundingan.

Sementara itu Menteri Luar Belanda, Bert Koenders berkata, duta mereka dipanggil balik kerana membantah pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat negara itu, Ang Kiem Soei.

Menurutnya, Amsterdam menganggap kematian enam pesalah terbabit sebagai satu perkara yang “amat menyedihkan.”

“Doa saya untuk keluarga mereka yang terbabit dalam pengakhiran dramatik pada tahun tidak menentu ini,” katanya.

Koenders berkata, Belanda tetap kekal membantah pelaksanaan hukuman mati berkenaan.

Menurutnya, Raja Willem-Alexander dan Perdana Menteri Mark Rutte berhubung dengan Jokowi mengenai isu itu.

“Kerajaan melakukan apa yang terdaya untuk menghentikan hukuman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. - Harian Metro

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews