Monday, January 19, 2015

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini



KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak dilaporkan semakin buruk setakat petang tadi dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat di empat buah daerah yang terlibat.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara(MKN) jumlah mangsa yang dipindahkan sudah meningkat kepada 3,892 daripada hanya  3,458 orang semalam seperti yang diaporkan NST sebelum ini dengan satu pusat pemindahan baru terpaksa dibuka iaitu Pusat pemindahan di SMK Simunjan menjadikan jumlah pusat pemindahan kepada 26 buah.


Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) telah dikeluarkan pada jam 2.12 petang tadi dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah & Bintulu dijangka berterusan sehingga Selasa, 20 Januari 2015.

Sungai Baru Kitang di Kuching pada diaporkan telah melebihi paras bahaya dengan tren menaik sehingga sekarang iaitu sudah paras 5.14 meter manakala dua sungai lagi sudah melebihi paras amaran iaitu Suangi Buan Bidi 17.76m (aras bahaya 17.80m) dengan trend menaik dan Sungai Siniawan, 6.72m (aras bahaya 7.20m) juga dalam trend menaik.

Video di bawah adalah situasi yang jarang-jarang berlaku di Kuching Waterfront di mana Air sungai Sarawak melimpah sampai ke tebing sekitar pukul 6 petang tadi.


Sementara itu, telah berlaku runtuhan salam di Puncak Bornea menyebabkan beberapa kampung iaitu kampung Karu, Kapung Bayur, Kampung Sibuangm kampung Simuti, Kampung Sibakar, dan kampung Begu terputus hubungan.


Jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak sehingga kini kekal 33 sekolah namun keadaan cuaca petang ini nampak bertambah baik dan menjanjikan suasana yang diramal lebih positif selepas ini.





Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews