Sunday, January 18, 2015

Ainan Tasneem ‘Bermesra’ Dengan Kekasih Dalam Kereta

Ainan Tasneem

Ainan Tasneem ‘Bermesra’ Dengan Kekasih Dalam Kereta | Penyanyi yang mula popular menerusi YouTube, Ainan Tasneem telah dikatakan bermesra-mesraan dengan kekasihnya di dalam kereta Honda Jazz warna biru.
Ainan Tasneem keluar dari kedai makan bersama kekasihnya dengan berpegang tangan dan kemudian memasuki kereta untuk bermesra hampir selama 45 minit.

“Mungkin nama saya tidak segah seperti selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.
“Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata.
“Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.
“Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan ‘bermesraan’ pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal.
“Jika benar saya berkelakuan tidak senon0h mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?
“Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah.
“Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak,” luahnya dengan panjang lebar.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews