Sunday, January 18, 2015

Pelajar Ditemui Lemas di Tasik UPSI



Tanjung Malim: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di tasik universiti itu kira-kira jam 8 malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Haqim Ishak, 24, berasal dari Pokok Sena Kedah ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 8 malam.

Katanya, pihaknya menerima panggila kira-kira jam 5.33 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dipercayai lemas di tasik berkenaan.

"Setibanya di tempat kejadian komander operasi mendapati terdapat seorang lelaki telah lemas di tasik berkenaan.

"Pasukan penyelamat kemudian menjalankan operasi mencari dan mengenalpasti lokasi mangsa sehingga mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8. malam," katanya.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Rahim Shaari tamat kira-kira jam 8.10 malam. - BH Online

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews