Sunday, January 18, 2015

Rozana Misbun Puja Patung Kelamin Lelaki Dalam Rumah

Awie Dan Rozana Misbun

Rozana Misbun Puja Patung Kelamin Lelaki Dalam Rumah | Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun telah mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.
Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik dan khurafat dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang.
Mohd Zaidi menyatakan anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.
Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.
“Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.
“Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu,” katanya.Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu.
“Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga.
“Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon,” jelasnya lagi.
Tambah Mohd Zaid, Rozana juga seorang yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan mereka sendiri mengadu kepada pemohon diabaikan oleh ibu sendiri selain tugas menjaga diserahkan kepada pembantu rumah sekiranya pemohon berada diluar kawasan.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Rozana iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman terdahulu dalam penghujahannya memberitahu mahkamah alasan dikemukan pihak pemohon terhadap kes terbabit adalah bersifat masalah di antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak mereka.
Tambahnya, dakwaan terhadap Rozana berhubung isu khurafat tidak dapat disahihkan kebenarannya selain melihat isu keterdesakan yang dibuat pemohon terhadap kes itu tidak kukuh.
- See more at: http://katakcomel.my/rozana-misbun-puja-patung-kelamin-lelaki-dalam-rumah/#sthash.0NaE2FAA.dpuf

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews