Wednesday, December 24, 2014

Justin Bieber Hilang 3.5 Juta Followers Instagram

Korang perasan kan minggu lepas laman sosial Instagram telah melakukan proses pembersihan secara besar-besaran dengan menghapuskan akaun-akaun yang dikenalpasti sebagai spam. Dengan itu, ramai pemilik akaun mengalami pengurangan jumlah followers yang mendadak terutamanya selebriti.
Kalau setakat orang biasa macam kita ni, mungkin berkurang dalam 10-15 orang, tapi korang tau tak sebenarnya terdapat satu data yang menunjukkan followers selebriti antarabangsa telah dihapuskan hingga berjuta ramainya. Pergh!
Screen Shot 2014-12-22 at 10.50.55
Kami tak sangka penyanyi lelaki yang sering dilanda kontroversi panas, Justin Bieber kehilangan 3.5 juta pengikut sekaligus. Kalau sebelum ini pengikut Bieber berjumlah 23,817,614 tapi selepas proses pembersihan itu, Bieber hanya memiliki 20,279,386 sahaja. Nak tergelak kami dibuatnya.
Screen Shot 2014-12-22 at 10.51.12
Selain Bieber, Akon turut kehilangan lebih kurang 2.5 juta pengikut dan menjadikan followersnya kini berjumlah 1,91,385 daripada 4,375,631.
Screen Shot 2014-12-22 at 10.51.26
Rupa-rupanya, pengikut ‘hantu’ ini juga menyebabkan Kim Kardashian kehilangan 1.3 jutapengikut menyebabkan jumlah followersnya kini hanyalah berjumlah 22,218,039 daripada23,519,002.
Tapi yang paling epik, pengguna bernama ChiragChirag78 cuma memiliki 8 pengikut sahaja selepas Instagram membuang 3.6 juta pengikutnya bersamaan 99.999%. Kami tumpang simpati kerana pengurangan yang besar ini menyebabkan akaunnya tidak lagi wujud.
Instagram-Rapture1
So, jumlah pengikut korang tinggal berapa sekarang ni? Kalau masih maintain kami mahu bagi tabik spring!
Sumber : Amanz

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews