Tahniah Siakapkeli ucapkan kepada Yana Samsudin dan bakal suaminya Fadzil Zahari kerana bakal mendirikan rumah tangga 13 Februari ini.
Dengar cerita rezeki pasangan yang hendak bina masjid ini mencurah-curah apabila dikhabarkan majlis perkahwinan Yana dan Fadzil ini akan ditaja sehingga 90% dimana Yana hanya keluarkan duit sendiri untuk belanja makan tetamu sahaja.
Semua set pelamin, baju pengantin dan persiapan akan ditaja.
Bagus lah macam tu sebab pendapat admin dengan tajaan itu Yana dan pasanagan dah boleh berjimat dan boleh guna duit itu lepas kahwin nanti untuk urusan rumahtanggakan.
Menurut Yana, segala persiapan untuk majlis perkahwinannya sekarang sudah siap 60% dimana kad jemputan pun baru siap.
"Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri."
"Saya rasa tidak ada salahnya mewar-warkan majlis perkahwinan ini. Lagi pula saya umumkannya selepas semuanya telah ‘confirm’." katanya.
Memandangkan dalam tempoh tersebut adik yana dan Fadzil masing-masing sedang bercuti semester sebab utama mereka sepakat memilih tarikh berkenaan.
"Tidak ada sebarang pantang larang seperti orang-orang tua kata yang mana tidak boleh bertemu bakal suami seminggu sebelum bernikah. Bagi saya, dalam soal perkahwinan apa yang penting adalah pernikahan. Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar,"Katanya lagi.