Wow. Sememangnya apabila emosi menguasai diri, pelbagai perkara yang tak sangka akan dilakukan boleh terjadi. Lebih-lebih lagi kalau diri anda seorang wanita. Tak boleh nak salahkan wanita kerana memang sudah lumrah mereka mudah merajuk, cepat emosi dan senang marah. Tapi terkejut juga apabila mengetahui yang Alyah telah melanggar kereta suami, Datuk Ramli MS kerana gagal mengawal perasaan marah yang membara di dalam hati.
Kejadian ini berlaku di kawasan luar kediaman Alyah dan Ramli MS dan turut didengar oleh jiran-jiran mereka.
Kata Alyah:-
Kata Alyah:-
Memang saya buat masa itu sebab saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar.Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar kejadian biarlah kami berdua saja yang tahu. Saya terpaksa keluarkan duit sampai RM11,000 untuk betulkan semula bahagian depan kereta, termasuklah menukar lampu yang bernilai beberapa ribu ringgit.Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki atau tidak. Kena tanya dia sendiri.
Pergh. Dasyat sungguh. Takut juga bila dengar kisah ini. Itulah kehebatan seorang wanita apabila yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan suaminya tidak menjadi milik orang.
Namun mungkin di masa hadapan Alyah boleh pecahkan pasu bunga je. Pinggan mangkuk pun ok jugak. Tak pasal pasal melayang RM11,000 sebab langgar kereta. Apa pun, diharap Alyah bertabah dan jangan stress lebih-lebih lagi AJL29 akan berlangsung Ahad ini. Sumber Harian Metro.