Saturday, January 17, 2015

Rempuh Anak Dengan Van Ketika Cuba Lari Dari Polis


HANGZHOU, China: Cubaan untuk melarikan dari dari pihak polis telah memberikan pengalaman yang paling sedih buat pasangan Liu Tien, 45, dan isterinya, Hsiung, 40 kerana secara tidak sengaja telah melanggar anak mereka sendiri.

Kejadian itu berlaku apabila mereka diserbu oleh pihak polis kerana menjual di jalanan tanpa lesen.

Menyedari akan pihak polis yang menuju kearah mereka, Liu dan Hsiung terus measuk ke dalam van dan terus melarikan diri tanapa menyedari bahawa anaknya itu, Wu yang berusia empat tahun sedang bermain di depan van tersebut.

Mereka yang cuba melarikan diri itu telah merempuh anaknya sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut seorang saksi, Chung Lai, di terdengar satu bunyi yang kuat di jalan kemudian mendapati sepasang suami isteri sedang meraung.

"Di sebelah mereka adalah seorang kanak-kanak yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah," katanya.

Pihak polis kemudiannya menghubungi ambulan namun budak itu sudah tidak bernyawa akibat kecederaan yang parah di bahagian kepala.

Susulan daripada kejadian itu, pasangan suami isteri itu dihujani dengan kritikan dan tomanahan daripada orang ramai khususnya di media sosial.

Mereka menyifatkan Liu dan Hsiung sebagai cuai dan lalai kerana membiarkan anak mereka bermain di jalan raya.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews