Dalam sedang bersedih akibat keretakan rumahtangganya, Diana Rafar sempat berkongsi satu berita gembira berkaitan perubahan dirinya. Isteri kepada Zamarul Hisham itu kini telah pun bertudung sepenuhnya. Agak menarik juga perkongsian yang telah dilakukan oleh pelakon ini. Boleh dijadikan pengajaran dan iktibar buat kaum Hawa di luar sana yang masih belum mahu menutup aurat sepenuhnya.
Walaupun gembira dengan perniagaan dan kerjayanya, Diana Rafar masih terasa kekosongan dalam hidup. Kata Diana Rafar:-
Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin di sebalik keretakan rumahtangganya, Diana Rafar menemui ketenangan dengan menutup aurat. Secara jujur, memang manis sangat Diana Rafar bertudung. Semoga ia berkekalan buat selamanya. Amin. Sumber Berita Harian.