Thursday, May 26, 2016

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN

logo
PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD., SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA, DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2016
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
iii) Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)
iv) Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.  Pemohon merupakan anak Negeri Sembilan ( pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Sembilan )
Dan
a)   Menetap di Negeri Sembilan
Atau
b)  Telah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang dari 8 tahun ( Sokongan dan pengesahan dari Wakil Rakyat Kawasan/Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK )
2.   Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,400.00.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan atau melalui laman web rasmi www.yns.gov.my.
PENTING
Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.
PERINGATAN
  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.

PERMOHONAN DIBUKA:-
  • 01 Feb          - 31 Mac
  • 01 Sept        - 31 Okt
Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD
  • 01 Jun         - 31 Julai
  • 01 Nov        - 31 Dis
Diploma

Untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan, sila klik di sini . Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN
YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420
atau e-mel ke pendidikan@yns.gov.my

Sumber :  http://www.yns.gov.my/

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews