Thursday, May 26, 2016

Permohonan Biasiswa PIDN 2016 JPA Ijazah Dalam Negara

Permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara PIDN 2016. Pihak JPA mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana di IPTA tempatan dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf GLC (Government Link Companies) dimana kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh JPA. Permohonan secara online kini dibuka mulai 25 Mei 2016 sehingga 30 Mei 2016.






PIDN-2016






Borang Permohonan Biasiswa Ijazah Dalam Negara PIDN 2016
Permohonan boleh dibuat menerusi laman  http://esilav2.jpa.gov.my/




Senarai IPTA Tajaan JPA Program PIDN 2016
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:


  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
Senarai IPST Tajaan JPA PIDN 2016
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


Syarat Kelayakan Biasiswa JPA PIDN 2016
(a) Syarat-syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2016;
(iii) Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(iv) Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
(v) Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).



(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
1.SPM
-Minimum 7 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu
-untuk Diploma
2.Bagi pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA adalah menggunakan CGPA terkini
-CGPA 3.30
-untuk Ijazah Pertama
3.Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara
-CGPA 3.50 / 70% / HD / B
-untuk Ijazah Pertama
4.Matrikulasi/Asasi/STPM
-CGPA 3.75
-untuk Ijazah Pertama
5.Diploma/Lepasan Diploma
-CGPA 3.5
-untuk Ijazah Pertama.


Sumber: melvister.com 

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews