Friday, January 9, 2015

Buru Budak Jarang Mandi Untuk Seks Di Thailand

Gambar Hiasan

Chiang Mai- Seorang pemuda mengaku berusaha mendapatkan budak lelaki yang comel tetapi jarang mandi untuk dijual kepada warga emas Amerika Syarikat (AS) yang ditangkap di Chiang Mai tahun lalu atas tuduhan seks membabitkan kanak-kanak.

Aryor Arjor, 23, dari suku kaum Akha dibawa ke sidang akhbar semalam selepas ditahan atas tuduhan menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia dengan mengumpan kanak-kanak lelaki menjadi pelacur.


Ketua Polis Chiang Mai, Prachuap Wongsuk berkata, polis sebelum ini menahan pelancong warga AS, Thomas Gary, 61, kerana mencabul budak lelaki. Penyiasatan itu sekali gus membawa kepada penangkapan Aryor.

Gary, 61, menggunakan kanak-kanak terbabit untuk merakam video seks yang diedarkan di AS. Banyak seluar dalam dan stokin budak lelaki yang menjadi mangsanya turut ditemui dalam milikannya.

Menurut polis, Gary mengaku mengupah Aryor untuk mendapatkan kanak-kanak berkenaan. Aryor ditahan di perkampungan di daerah Mae Fa Luang di sempadan Thailand, Myanmar, semalam.

Aryor mengakui pertuduhan itu dan memberitahu polis, dia pernah menyediakan khidmat seks kepada warga AS sebelum menjadi orang suruhannya. Sepanjang tiga tahun dia sudah mendapatkan lebih 100 kanak-kanak untuk lelaki terbabit.

Menurut Aryor, dia mencari mangsa di kedai permainan video atau dalam kalangan rakannya. Sasaran utama kanak-kanak yang comel dan jarang mandi. – Agensi

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews