Suzanne Heintz ialah seorang pengarah seni di Starz Entertainment Group di Englewood, Colorado tetapi setiap hari dalam hidupnya akan dihabiskan bersama keluarga patung di rumahnya sejak 14 tahun yang lalu.
Sudah lebih 16,000 kilometer perjalanan di seluruh Amerika yang dilakukannya dengan membawa potret keluarga patungnya dalam satu projek digelar 'Life Once Removed'. 'Suami' patungnya ialah Chauncey manakala 'anak perempuan'nya ialah Mary Margaret.
Bosan kerana asyik ditanya soalan untuk berkeluarga, dia membuat keputusan untuk 'membeli' sebuah keluarga. Sejak itu dia kerap bergambar bersama mereka dengan mukanya yang gembira mencerminkan kebahagiaannya berkeluargakan patung.
Menurut Suzanne, tugas mengambil gambar keluarga bukanlah mudah dan menurutnya, bagi setiap sesi, dia akan mengambil sebanyak 300 hingga 500 keping gambar yang akan memakan masa berjam-jam lamanya.
Katanya lagi, orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakannya itu. Ada yang terkejut, seronok dan tidak kurang juga yang tidak henti ketawa.
Terdapat sebuah dokumentari yang menceritakan perjalanan hidup Suzanne bersama patung-patung dalam keluarganya iaitu Playhouse
[Sumber]