Tuesday, January 19, 2016

10 Tips Beli Belah Menerusi Lazada App

Pernah beli-belah barang online menggunakan Lazad App? Jika belum, anda patut cuba .. boleh ketagih hanya browsing tawaran yang ada di Lazada menerusi app ni .... layan sebelum mata terlelap di malam hari... haha. Dan memandangkan saya dah beberapa kali beli-belah menerusi Lazada App ni, jadi nak kongsikan beberapa tips menarik untuk beli belah secara online menggunakan aplikasi percuma ni.

Saya boleh anggap diri saya sebagai customer tetap Lazada Malaysia. Memang pantang ada sale best di Lazada, saya akan segera terjah. Jenguk-jenguk mana ada keperluan yang dijual dengan harga mampu milik. Kalau ada berkenan di hati, baru saya akan consider untuk beli.

10 Tips Beli Belah Menerusi Lazada App

Tips Beli Belah Menerusi Lazada App

Ok, sedikit tips untuk beli belah menggunakan aplikasi Lazada App ini.
  1. Muat turun aplikasi Lazada App secara percuma di Google Store atau App Store. Daftar menggunakan dua akaun berbeza, bermaksud akaun berbeza untuk login guna web, dan login guna aplikasi. Jadi, anda perlukan dua email berbeza. Ia penting untuk anda mendapatkan baucer diskaun lebih banyak.
  2. Apabila dah download, selalulah browsing guna aplikasi ni, jika ada yang berkenan, tapi harganya masih belum sesuai dengan bajet, maka masukkan dalam wishlist - bukan kat shopping-cart ye, tapi wishlist. Anda mungkin akan ditawarkan harga jauh lebih murah nanti untuk produk yang anda berkenan tu, tanpa orang lain tahu .. hoho.
  3. Apabila browsing, dah suka, dan harga nampak menarik; boleh terus masukkan ke dalam shopping-cart tetapi ... jangan bayar dahulu. Tunggu dalam masa 5 hari, sehingga dia email anda suruh bayar. Kadangkala, dia akan offer lagi diskaun untuk anda terus bayar. 
  4. Semasa produk yang teringin anda beli itu dah berada di shopping-cart tetapi belum bayar, anda jenguk juga tawaran produk yang sama di lain waktu. Lihat samada ada tawaran lebih menarik diberikan. Jika harganya lebih baik, maka masukkan tawaran terkini itu dalam shopping-cart, dan padam tawaran yang sebelum ini untuk produk yang sama. Jadi, anda akan dapat harga lebih baik dari semasa ke semasa. 
  5. Apabila anda dah puas-hati dengan produk, yang sudah dimasukkan ke dalam shopping-cart, rujuk pula pada laman web Lazada, samada ada baucer tertentu untuk pengguna Lazada App. Gunakan kod baucer tersebut bila nak proceed dengan bayaran.
  6. Satu baucer hanya boleh untuk satu transaksi sahaja, jadi dengan adanya dua akaun berbeza, anda boleh memaksima penggunaan baucer.
  7. Gunakan baucer hanya apabila anda dan senaraikan produk yang nak dibeli, elakkan guna baucer untuk satu-satu produk sahaja... jadi, anda akan dapat diskaun untuk banyak produk, dan bukan hanya untuk satu produk. Anda kena ingat, dalam baucer tu ada terma dan syaratnya, selalunya bila pembelian lebih had tertentu. Pastikan anda gunakan baucer yang betul dan sesuai untuk pembelian anda.
  8. Apabila dapat email dari Lazada, buka email tersebut. Kadangkala ada baucer diskaun khas diberikan terutama untuk pelanggan setia.
  9. Beli barang dari Lazada, kurangkan beli dari syarikat lain yang juga mengiklan di Lazada. Lebih banyak anda beli barang direct menerusi Lazada, maka akan lebih banyak baucer kesetiaan diberikan kepada anda, malah anda akan diberikan priority bila beli - barang akan lebih cepat sampai.
  10. Rajinkan diri untuk berikan ulasan atau review mengenai produk yang anda telah beli. Tulis jujur, kalau ada yang tak kena, tulis apa yang tak kena .... staff Lazada amat prihatin dengan komen-komen serta review tersebut. Anda akan terkejut bila ada tawaran khas diberikan untuk anda!


Tips Beli Belah Menerusi Lazada App
Ok. Harap beberapa tips ini akan membantu untuk anda shopping menggunakan Lazada App.

Selamat membeli-belah .. :)

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews