Wednesday, February 25, 2015

MH370 Mungkin Akan Ditemui Pada Bulan Mei Nanti


MH370 akan ditemui tidak lama lagi?

Itulah yang dibayangkan oleh Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan dimana beliau membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 akan ditemui dalam masa terdekat.

Pesawat malang milik Malaysia Airlines itu telah hilang sejak Mac tahun lalu tetapi tanda-tanda untuk menemui pesawat tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Dolan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam operasi mencari MH370 ini dan beliau  menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

Beliau juga memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.


“Pesuruhjaya itu mengatakan kita hanya menunggu masa untuk menemui bangkai pesawat dan apa yang masih tinggal melibatkan penumpang dan krew,” memetik portal Air News And Services pula.

Tambah portal berkenaan, semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga lewat malam tadi.

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews