Wednesday, February 25, 2015

Ditemui Mati Berlumuran Darah, Sairah Fitri Sah Dibunuh


Keningau: Tanda tanya mengenai punca kematian seorang penuntut kolej yang mayatnya ditemui berlumuran darah di dalam tandas Bangunan Pejabat Daerah Keningau di sini, semalam, terjawab apabila bedah siasat dilakukan mendapati dia dibunuh.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, hasil bedah siasat dilakukan terhadap mayat Sairah Fitri Tifanus, 20, menemui dua kesan tikaman di tengah dada mangsa.

“Terdapat kesan tusukan benda tajam sedalam lima sentimeter selain kesan koyak pada baju mangsa.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kesan pergelutan di sekitar tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Harian Metro hari ini melaporkan, dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang menetap di Kampung Durok ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya ketika memasuki tandas di tingkat dua bangunan itu.

Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej di Selangor menjalani latihan amali di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak tiga bulan lalu. ─ mStar online

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews