COSTA RICA – Seorang wanita mengejutkan orang ramai. Apa tidaknya dia mampu mencuri sebuah televisyen yang masih dalam bungkusan, hanya dalam masa 13 saat dengan menyembunyikannya di celah kangkang.
Lebih hebat, dia boleh berjalan keluar tanpa disedari sesiapa pun ketika televisyen tersebut tersembunyi di dalam gaun labuh yang dipakainya. Wanita ini pastinya mempunyai kaki yang kuat kerana mampu mengepit televisyen tersebut tanpa menjatuhkannya.
Menurut pembantu penjual di situ, Jacint Ramírez Callas, 25, wanita itu melakukan kerja jenayah berkenaan dengan pantas tanpa disedari oleh sesiapa pun.
“Dia memang seorang pakar. Saya tidak pernah menyaksikannya,’’ katanya.
Video rakaman kejadian itu telah didedahkan oleh polis kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat mengenai wanita tersebut. Polis percaya wanita itu mempunyai pengalaman mencuri dan mungkin telah melakukannya sebelum ini.