Saturday, January 17, 2015

(Gambar) Kota Samarahan mula dinaiki air


Kuching: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di Samarahan mula dinaiki air hampir satu meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat melaporkan antara kawasan yang mula dinaiki air ialah Kampung Sindang, Desa Ilmu, Kampung Tuang, Kampung Duranda Emas dan Kampung Gundah.
Jurucakap bomba berkata, penduduk yang terjejas dinasihatkan berpindah ke pusat perpindahan berhampiran kerana dijangkakan paras air akan terus meningkat berdasarkan keadaan hujan yang berterusan.

Katanya, sehingga 6.50 pagi tadi stesen telemetri Jabatan Parit dan Saliran menunjukkan paras air Sungai Sarawak berada pada tahap berjaga-jaga meningkat dari 3.61 meter melebihi paras biasa iaitu 1.85 meter.

Sementara itu, seramai 34 penghuni daripada 13 keluarga dari Rumah Panjang Maleng di Balingian, Mukah yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Balingian petang semalam sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Air kembali surut jam 10 malam semalam, namun penduduk dinasihatkan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.



GDC,unisquare
Unigarden lorong 2B

Unigarden lorong 2B

Perumahan depan unimas
Desa ilmu
Desa ilmu
Desa ilmu
uitm samarahan

























Gambar atas di bangunan INTAN area roundabout
Gambar bawah di tasik UNIMAS


Sumber

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews