Tuesday, January 27, 2015

'Mak Nyah' Tuntut Layanan Sama Rata, Mahu Dilindungi



PUTRAJAYA"Kami juga dicabul, jadi mangsa seks," demikian keluhan seorang lelaki transgender mengenai nasib golongan itu dalam masyarakat.

Selain menuntut supaya mereka turut diberi layanan sama rata dengan masyarakat normal, lelaki transgender atau 'mak nyah' ini juga mahu dibela dari sudut undang-undang.

"Sebagai manusia kami juga ada hak asasi yang perlu dibela," kata seorang lelaki transgender yang enggan dikenali.

Dia yang kelihatan dari sudut fizikal dan pemakaiannya menyerupai wanita ditemui mStar Online ketika hadir mendengar prosiding permohonan kerajaan Negeri Sembilan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung lelaki transgender Islam mengenakan pakaian perempuan.

Prosiding yang berlangsung pada Selasa menyaksikan Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan Negeri Sembilan mengemukakan rayuan bagi kes tersebut.

Sementara itu aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh yang turut menyertai kira-kira sepuluh wakil komuniti itu berkumpul di kompleks Istana Kehakiman di sini menuntut supaya majlis agama Islam negeri-negeri dan pihak berkuasa supaya tidak 'mengganggu' kehidupan mereka.

"Daripada pihak berkuasa sibuk merayu kes ini, kerajaan sepatutnya siasat keganasan terhadap komuniti transgender, banyak kes berlaku.

"Wujud keganasan melampau terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal tapi emosi dan seksual," katanya.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibuat oleh tiga juru mekap pengantin Islam, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman tiga orang itu supaya seksyen 66 berkenaan diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan.

Mewakili tiga lelaki transgender itu ialah peguam Aston Paiva.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak hadir pada prosiding yang bermula pukul 9.30 pagi tadi. - mStar Online

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews