Friday, January 9, 2015

Kedai Jual Barangan ISIS di Bandar Baru Bangi


Bangi - Pemilik sebuah kedai di Bandar Baru seolah-olah menutup mata dengan tindakan yang bakal diterima olehnya dari pihak berkuasa dek kerana menjual barangan kumpulan militan.

Menurut laporan dari akhbar The Star, pemilik kedai berkenaan berkata dia tidak takut kerana melakukan ini kerana Allah.

Saya lakukannya kerana Allah dan oleh sebab saya lakukan untuk-Nya, saya tak perlu takut,” katanya.

Jika dilihat dari luar, kedai berkenaan hanya kelihatan seperti kedai menjual pakaian biasa namun sekiranya diteliti, barangan yang dijual oleh kedai berkenaan sebenarnya dipenuhi dengan barang yang berkonsepkan militan. Antaranya adalah bendera, topi dan baju yang mana kebanyakannya berkonsepkan kumpulan ISIS(Negara Jajahan Islam Iraq dan Syria (Isis) dan Taliban).

Menurut peniaga tersebut, kedainya sudah beroperasi selama tiga bulan lalu dengan barang yang diimport dari Indonesia.

Menurut laporan The Star, kedai itu dilihat seolah-olah hab militan dan penyokong kumpulan itu akan membeli barangan kumpulan mereka di situ.

Bagi Kemeja-T ISIS, harga yang dikenakan adalah RM 59. Sementara itu bagi pelekat berlogo ISIS dan Taliban pula dijual pada harga antara RM5 hinga RM 10 bagi setiap satu.

Antara T-Shirt yang dijual di kedai itu ada tertera perkataan "Mujahideen cyberspace" dan "We declare war againts the Zionists".



Permintaan tinggi untuk barangan itu dan perniagaan bertambah baik sejak kedai dibuka tiga bulan lalu,” kata peniaga terbabit.

Ramai bertanya sama ada kami bimbang menjalankan perniagaan itu selepas diberikan persepsi negatif.

“Namun saya diberi jaminan oleh abang saya yang perniagaan ini dijalankan dengan nama Allah dan tiada apa yang perlu ditakutkan,” katanya.

Menurut peniaga itu juga, perniagaan ini adalah milik keluarganya.


(Sumber)

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews