Saturday, November 22, 2014

Pelik! Makhluk Ganjil Ditemui Di Lautan Atlantik

Sungguh banyak penemuan makhluk pelik ditemui di seluruh dunia. Penemuan seperti ini menunjukkan bahawa terdapat banyak hidupan di dunia ini yang masih belum dikaji sepenuhnya. 


Kewujudannya mungkin tidak disedari kerana dek kepupusan ataupun sukar didapati atas faktor sesuatu tempat. Gambar di bawah ini juga, sempat dirakamkan ditemui oleh sekumpulan ekspedisi di sana. 


Makhluk yang aneh, mengerikan dan tak dikenali ditemui ketika ekspedisi Amerika di Antartika pada kedalaman 675 meter. 


Makhluk ini menyerupai lipan, tetapi ia mempunyai rahang yang panjangnya sekitar 2 cm. 


Hingga sekarang haiwan ini masih dalam kajian.

[Sumber]

Bangkai Haiwan Aneh Bergigi Besar New Zealand

Penemuan pelbagai bangkai haiwan aneh di seluruh dunia menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kewujudan haiwan misteri.

Bentuk kepala makhluk ganjil yang ditemui 
di Pantai Pukehina, Teluk Penty, New Zealand.

Antara yang mencuri tumpuan termasuklah bangkai haiwan yang digelar sebagai raksasa laut yang mempunyai gigi besar yang ditemui di sebuah pantai di New Zealand baru-baru ini.

Seorang wanita, Elizabeth Ann telah merakamkan video penemuan bangkai itu di Pantai Pukehina, Teluk Plenty, New Zealand dengan sebahagian tubuh haiwan itu telah hilang.

“Adakah sesiapa yang boleh memastikan apakah makhluk ini? Ia memiliki kepala yang besar serta gigi kacip yang panjang. Badannya mungkin sepanjang sembilan meter. Tetapi, sebahagian tubuhnya sudah terputus,” kata Ann.

Wanita itu berkata, makhluk tersebut mungkin telah diserang haiwan lain sebelum ia mati.

“Makhluk besar itu terdampar selepas ribut kuat. Penduduk sekitar juga tidak tahu tentang makhluk pelik itu dan ia menimbulkan pertanyaan (kemunculan bangkai makhluk itu) dalam kalangan mereka,” katanya.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa ia mungkin bangkai buaya air masin, ikan lumba-lumba, belut laut gergasi atau dinosaur.

Bagaimanapun seorang pakar haiwan mamalia, Anton van Helden menolak kesemua andaian itu dengan menyatakan bahawa ia hampir menyamai bentuk ikan paus pembunuh yang kerap ditemui di Fiji dan Teluk Plenty.

Gambar-gambar bangkai itu turut dihantar ke Jabatan Konservasi dan Akuarium Hidupan Laut Kelly Tarlton’s di Auckland, New Zealand untuk dikenal pasti spesiesnya.

Seterusnya, beberapa keping foto makhluk menyerupai ikan paus yang dijumpai oleh anggota-anggota tentera laut Iran di Teluk Parsi turut menimbulkan persoalan orang ramai.

Berdasarkan gambar yang dilihat itu, seorang pengguna internet yang mengaku bahawa dia merupakan pakar biologi menjelaskan bahawa begitu sukar untuk mengenal pasti jenis makhluk tersebut.

Menurut pengarah di Institut Sains Marin, Universiti California, Amerika Syarikat, Dr. Gary Griggs, haiwan itu diandaikan sebagai ikan paus.

“Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya tentang ikan paus dan tulangnya, ia merupakan ikan paus. Bagaimanapun dengan keadaan tubuhnya yang semakin mereput itu, sukar juga untuk mengesahkan bahawa ia adalah haiwan berkenaan,” kata Gary.

Dalam pada itu, seekor haiwan misteri yang hodoh dan sering menyerang lembu penternak telah berjaya dibunuh oleh penternak di Belarus baru-baru ini.

Haiwan itu dikatakan menyamai gambaran tentang makhluk legenda di Amerika Latin, chupacabra yang menghisap darah haiwan ternakan.

Chupacabara menghisap darah selepas ia menggigit kaki haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Penemuan haiwan ganjil itu dikatakan boleh menjadi kunci untuk menyelesaikan misteri seekor haiwan yang ditemui oleh seorang petani Ukraine pada tahun lalu.

Haiwan yang ditemui itu dikatakan mutasi musang yang berlaku akibat keracunan radiasi selain teori lain menyatakan bahawa ia adalah haiwan hibrid yang menjadi bahan ujian kimia dan biologi yang dilakukan di sebuah kilang pembangunan senjata milik bekas Kesatuan Soviet.

Ahli-ahli biologi pernah mendedahkan bahawa ia merupakan anjing rakun yang dibiakkan di sebuah kilang Soviet pada tahun 1939.

Haiwan itu dikatakan telah dilepaskan ke hutan ketika Perang Dunia Kedua bermula.

-Kosmo

Mereka Mati Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang.


Tapi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!

Meninggal kerana janggut. Hans Steininger, merupakan orang warga Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang. Kerana terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati. 

Meninggal kerana menendang peti. Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel, seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee, Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya. Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi dan akhirnya dia meninggal dunia. 

Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler. Pada tahun 1943, seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler. 

Meninggal kerana kulit jeruk. Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang pelagak ngeri. Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara hanya dengan menggunakan tong barrel. Dia meninggal tahun pada tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan. Kakinya patah dan akibatnya infeksi yang sangat parah. 

Meninggal kerana menahan buang air kecil. Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang Czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan, membuang air adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan daripada membuang air kecil selama jamuan itu berlangsung. Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Namun apa cara pun kematian kita, jika kita sudah ditakdirkan meninggal dunia, maka meninggallah kita!

[Sumber]

Wanita Cantik Tapi Bersuamikan Patung!

Suzanne Heintz ialah seorang pengarah seni di Starz Entertainment Group di Englewood, Colorado tetapi setiap hari dalam hidupnya akan dihabiskan bersama keluarga patung di rumahnya sejak 14 tahun yang lalu.

Suzanne Heintz

Sudah lebih 16,000 kilometer perjalanan di seluruh Amerika yang dilakukannya dengan membawa potret keluarga patungnya dalam satu projek digelar 'Life Once Removed'. 'Suami' patungnya ialah Chauncey manakala 'anak perempuan'nya ialah Mary Margaret.

Bosan kerana asyik ditanya soalan untuk berkeluarga, dia membuat keputusan untuk 'membeli' sebuah keluarga. Sejak itu dia kerap bergambar bersama mereka dengan mukanya yang gembira mencerminkan kebahagiaannya berkeluargakan patung.

Suzanne Heintz [2]
Suzanne Heintz [3]
Suzanne Heintz [4]

Menurut Suzanne, tugas mengambil gambar keluarga bukanlah mudah dan menurutnya, bagi setiap sesi, dia akan mengambil sebanyak 300 hingga 500 keping gambar yang akan memakan masa berjam-jam lamanya.

Katanya lagi, orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakannya itu. Ada yang terkejut, seronok dan tidak kurang juga yang tidak henti ketawa.

Terdapat sebuah dokumentari yang menceritakan perjalanan hidup Suzanne bersama patung-patung dalam keluarganya iaitu Playhouse
[Sumber]

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews