Monday, December 22, 2014

Laman Web LUcah Popular Red Tube Disekat Di Malaysia Oleh SKMM

     

1
PETALING JAYA: Laman web pornografi Popular Redtube telah disekat oleh Suruhanjaya Multimedia (SKMM) dan Komunikasi Malaysia.
The Star Online semalam melaporkan, menurut pengguna media sosial, akses kepada laman web telah disekat sejak 19 Disember di mana pengguna internet yang cuba mengakses laman web tersebut akan dibawa ke halaman dengan amaran yang berbunyi: “laman web ini tidak boleh didapati di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara”.
KMM telah lama cuba untuk membendung gejala pornografi dengan sering memberitahu orang ramai bahawa gejala ini adalah ‘penyakit’ disamping melanggar undang-undang di Malaysia.
Menurut kod kandungan SKMM, web kandungan lucah boleh menimbulkan rasa jijik dengan paparan yang tidak menyenangkan dan pada dasarnya ia adalah perbuatan yang salah.
Kata SKMM lagi, terdapat kemungkinan setiap kandungan itu mempunyai pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran mereka yang mudah dipengaruhi.
Kod kandungan itu juga membuat pernyataan spesifik mengenai pornografi kanak-kanak, degradasi seks dan aksi seks eksplisit atau pornografi. – HarianBlogger.Com

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews