Monday, December 22, 2014

Air Mulai menaiki Sebahagian Bandaraya Kuching (Gambar)




KUCHING: Kenaikan air hujan yang mendadak telah mengakibatkan paras air naik sehingga ke paras lutut (satu setengah kaki) menutup sebahagian dari jalanraya berdekatan dengan Lorong Lapangan Terbang dan Lorong Stutong di sini sekarang.

Kejadian ini telah mengakibatkan beberapa kenderaan tidak dapat dihidupkan dan tersadai di tepi jalan dan lebih buruk lagi ianya membuat aliran lalu lintas terhenti.

Beberapa kenderaan juga dilihat berpatah balik dari "fly-over" Simpang Tiga menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Salah seorang dari admin Sarawakiana sempat merakam beberapa keping gambar kejadian tersebut. (Mohon maaf atas kualiti gambar yang di ambil dari dalam kenderaan).

Dipercayai, hujan yang lebat yang turun tanpa henti petang tadi selama lebih dari satu jam telah mengakibatkan banjir kilat.

Difahamkan, beberapa kawasan yang rendah di sekitar kawasan tersebut telah dinaiki air.

Sumber: www.sarawakiana.net

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews