Friday, October 5, 2012

Snow White Di Dalam Kehidupan Sebenar


Snow White Di Dalam Kehidupan Sebenar ? Snow White ataupun Sleeping Beauties ? Kedua-duanya mempunyai satu babak di mana watak utama perempuan akan terkena sumpahan/sihir untuk tidur selama-lamanya, hanya ciuman dari watak utama lelaki akan menyedarkan perempuan tersebut, membatalkan sumpahan/sihir.

Percaya atau tidak, babak tersebut benar-benar wujud, tetapi tidak dengan sumpahan mahupun sihir. Watak utama lelaki pula boleh jadi sesiapa sahaja.

Di pameran seni di Muzium Seni Negara Ukraine, satu pameran yang mempuyai seorang wanita yang sedang tidur dan hanya akan bangun apabila so-called prince charming datang mencium dia. Perempuan dan lelaki tersebut akan berkahwin jika semasa bercium, si perempuan membuka matanya.

Sleeping Beauty

Pada awal bulan ini, beberapa perempuan telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada isi pameran seni yang direka oleh seorang artis separuh Canada separuh Ukraine, Taras Polataiko. Setiap seorang telah setuju untuk baring (acah-acah tidur) selama tiga hari di atas katil menunggu untuk disedarkan dengan ciuman dari kekasih yang sebenar.

Kontrak mereka telah menyatakan secara jelas, jika mereka membuka mata semasa sedang bercium, maka perempuan tersebut harus berkahwin dengan pelawat lelaki yang sedang menciumnya. Menariknya lagi, setiap pelawat lelaki yang ingin mencium perempuan ini perlu bersetuju di atas satu kontrak yang utamanya ialah jika perempuan membuka mata semasa dia sedang bercium, maka lelaki tersebut perlu mengahwini perempuan itu.


Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews