Friday, October 5, 2012

5 Haiwan Berwajah Unik Dan Aneh


1. HATCHEFISH


Hatchefish

Hatchefish. Ikan penghuni jurang ini tubuhnya sangat kecil (spesies terbesar yang dikenal hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya seperti mimpi buruk.

Hatchetfish adalah bukti bahwa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram. Ikan ini ditemui di perairan tropis dan subtropis di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).


2. KELAWAR HIDUNG TABUNG


Kelawar Hidung Tabung

Ditemui di hutan hujan Filipina, kelawar ini terancam kepupusan dan memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia.

Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata orennya dan tentunya hidung tabung yang membuat penampilannya seperti kartun. Kelawar ini kebanyakan memakan buah ara dan buah-buahan lain, kadang kala mereka juga akan makan serangga.


3. AXOLOTL


Axolotl

Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Meksisko, axolotl (artinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander.

Selain wajahnya yang agak kelakar, haiwan ini juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu. Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di selama ia hidup (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibia unik ini terancam dengan kepupusan kerana pencemaran dan diburu di beberapa bagian Mexico untuk dimakan.


4. AYE AYE


Aye Aye

Boleh dikatakan haiwan dengan penampilan paling aneh, aye aye mempunyai telinga besar seperti kelawar, mata yang kuning dan menyerupai seperti Gremlins (sebuah watak filem seram komedi di Amerika).

Haiwan ini sebenarnya menjadi inspirasi bagi monster yang mirip Gremlin di siri film Primeval, di mana diceritakan keturunannya menghantui sebuah rumah kosong. Aye aye ditemui di Madagascar dan sangat terancam dengan kepupusan kerana kehilangan habitat dan dibunuh kerana orang-orang di negara itu tidak menyukai makhluk tersebut kerana dianggap pembawa malang.


5. MONEYT HIDUNG PENYET


Moneyt Hidung Penyet

Lagi-lagi, haiwan ini juga adalah spesies yang terancam dengan kepupusan. Hanya dapat ditemui di China (termasuk Tibet) dan Vietnam. Mereka tinggal di gunung dengan ketingggian hingga 4000m, bersama beberapa anak-anaknya yang tinggal dalam keadaan suhu yang sejuk. Mereka juga terancam kehilangan habitat.


Bonus

TIKUS MONDOK TELANJANG

Tikus Mondok Telanjang

Tikus ini tiada bulu, berkedut, kulit pucat pink dan mempunyai mata hitam yang bercahaya.

Tetapi satu perkarahal yang menarik perhatian adalah dua giginya yang sangat besar di depan, yang sebenarnya tumbuh melalui bibir. Sehinggakan tikus ini tidak perlu membuka mulut untuk mengorek jalan di bawah tanah. Gigi haiwan ini begitu kuat sehingga ianya terkenal dengan keupayaan untuk memotong cable.


TIKUS TANAH HIDUNG BINTANG

Tikus Tanah Hidung Bintang

Tikus ini mendapat nama hidung bintang kerana bentuk daging pada hidungnya, yang ditutupi reseptor sentuh yang meningkatkan kemampuan sentuhannya, kerana pengelihatan haiwan ini buruk.

Tikus tanah hidung bintang ini juga merupakan perenang dan penyelam sekaligus penggali yang hebat. Seperti tikus tanah yang lain, haiwan ini memakan cacing tanah, belalang dan apa sahaja yang berlendir di tanah. Dapat ditemui di Kanada dan utaraAmerika Syarikat.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews