Monday, July 6, 2015

Permohonan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017 Online

Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2016/ 2017 KPM secara online. Menerusi makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah dibuka mulai 1 Julai 2015 sehingga 10 Oktober 2015.
matrikulasi


Senarai Program Yang Ditawarkan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017
  • Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  • Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Cara Permohonan Borang Online Matrikulasi 2016/ 2017 Online
1. Untuk membuat permohonan sila layari http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/
borang-matrikulasi


Nota Penting: Anda mestilah membeli nombor PIN unik ID di BSN sebelum membuat permohonan online.
Contoh Resit Pembelian Nombor PIN BSN
resit
Harga Nombor PIN BSN Matrikulasi: RM6 Sahaja



Syarat Kelayakan Minimun Kemasukan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2016 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2015.


a) Syarat kelayakan minimum Program Matrikulasi (Satu Tahun):
Jurusan Sains
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Fizik
  • Biologi
Jurusan Perakaunan
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan
Aliran Teknikal
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan
b) Syarat Minimum Program Matrikulasi (Dua Tahun)
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C Kimia
5. D Matematik Tambahan
6. C Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi


Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2015. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2016/ 2017

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2016 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2016/ 2017
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2016 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi 2016/ 2017
Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Rayuan Matrikulasi 2016/ 2017
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.


Sumber: melvister.com 

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews