Tarikh baru bayaran BR1M 2015 jika lewat kemaskini atau lambat mohon. Seperti sedia maklum, permohonan atau kemaskini BR1M telah dilanjutkan pada 31 Januari 2015. Bagi yang lewat kemaskini atau kemukakan permohonan selepas 31 Disember 2014, pembayaran BR1M akan dibayar mulai 12 Februari 2015. Terdahulu, pembayaran BR1M bagi pemohonan yang kemaskini atau mohon sebelum 31 Disember 2014 telah dibayar secara berperingkat mulai 15 Januari 2015.
Tarikh Baru Bayaran BR1M 2015 Jika Lewat Kemaskini/ Mohon
- Pembayaran mulai 12 Februari 2015 bagi pemohonan yang telah kemukakan permohonan/ kemaskini BR1M pada 1 Januari hingga 31 Januari 2015.