Monday, January 26, 2015

Berita Terkini Laman Web MAS Kena Hacked Godam

Berita terkini laman web Malaysia Airlines (MAS) kena hacked atau di godam. Pada awal pagi isnin lebih kurang pada pukul 10 pagi sehingga 11 pagi tadi, pihak kami sempat melayari laman web MAS atas urusan pembelian tiket penerbangan. Namun pada pukul 2.00 petang Isnin untuk menyempurnakan pembayaran urusan tiket, dukacita dimaklumkan bahawa laman web MAS kena godam dengan mesej terpapar “404-Plane Not Found” pada halaman utama laman sesawang Malaysia Airlines. Pastinya insiden laman web MAS kena godam telah menyebabkan kerugian besar kerana segala urusan pembelian tiket tergendala.

mas-kena-godam

Kenyataan Malaysia Airlines (MAS) Isu Laman Sesawang Kena Godam
Pihak Malaysia Airlines dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa laman sesawang mereka kini digodam. Tambah kenyataan MAS lagi, pihak mereka akan membaik pulih laman sesawang Malaysia Airlines dalam tempoh 22 Jam. Pada masa yang sama, pihak MAS turut mengumumkan bahawa data peribadi termasuk tempahan tiket pelanggan tidak terganggu akibat insiden tersebut.


Update Terkini: Laman web Malaysia Airlines (MAS) telah beroperasi dan pulih sepenuhnya pada pukul 4.30 petang (Isnin) 26 Januari 2015.

mas


Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews