Wednesday, January 21, 2015

Orang Ramai Kritik Hebat Zamani Diminta Menyanyi Dalam Keadaan Bergari

Sedutan video tersebut
Satu video yang memaparkan Zamani Slam menyanyikan lagu Gerimis Mengundang ketika tanggannya bergari menjadi sensasi di internet.

Apa yang menjadi isu bukanlah kerana aktiviti penagihan dadah Zamani, tetapi kerana video terbabit dikatakan diambil oleh polis yang didakwa menyuruh Zamani menyanyi lagu berkenaan.



Di dalam video tersebut, dilihat Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang yang popular pada era 90-an.

Penyebaran video tersebut mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-rata marah dengan tindakan polis memperlakukan Zamani sedemikian rupa.




Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan oleh polis susulan positif dadah jenis Morphine pada 21 Januari lepas. Soal siasat awal mendapati Zamani mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews