Tuesday, January 20, 2015

Kanak-kanak Masukkan Adik Baru Lahir Dalam Beg Plastik, Bawa Pergi Sekolah


Riyadh:  Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru  lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.

Menurut  akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan  bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Untuk  meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.

Ibunya  yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah  mereka menangis meminta tolong.

Di  sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa  menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi  berkenaan.

Apabila  disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya  bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews