Wednesday, January 14, 2015

Beberapa kawasan di Kudat, Sandakan dilanda banjir

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Kudat dan Sandakan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi.
Di Sandakan, antara kawasan terjejas ialah perumahan Taman Mawar, Taman Anggerik, Taman Fajar, Sim-Sim, Batu 1 1/5, Batu 12, Kampung Gum-Gum, Batu 16 dan Sepilok.
Jalan utama antara Batu 12 hingga ke Batu 16 turut dinaiki air, tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.
Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan turut berlaku, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.
Di Kudat, kawasan pekan antara yang terjejas dan sebahagian kedai sudah dinaiki air susulan hujan lebat sejak kelmarin.
Difahamkan jalan menuju ke pekan termasuk Jalan Airport juga sudah dinaiki air selain Kampung Tamalang, Jalan Tai Cheong.
Pegawai Daerah Kudat, Sabdin Ibrahim, berkata bagaimanapun tiada pemindahan setakat ini dan pihaknya dengan kerjamasa polis serta bomba sentiasa melakukan pemantauan.
"Bagaimanapun, saya dimaklumkan ada tiga rumah di perkampungan atas air di Kampung Pengaraban, roboh awal pagi tadi. Namun semua penghuni rumah itu selamat," katanya ketika dihubungi BH di sini sebentar tadi.


Sumber: http://www.bharian.com.my/

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews