Wali Kota Surabaya Tri Rismaharini menolak andaian beberapa pihak yang mendakwa insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berkait dengan dakwaan serangan militan di sini.
Malah menurutnya, kesahihan dakwaan militan akan menjadikan Surabaya sebagai tempat serangan juga tidak dapat dipastikan.
"Bagi pihak saya, perkara ini tidak benar kerana saya masih belum diberitahu lagi perkara itu oleh pihak berkuasa.
"Bagaimanapun kita tidak mengambil mudah berkaitan aspek keselamatan penduduk Surabaya di mana kawalan sentiasa diperketatkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik forensik yang menempat jenazah pesawat QZ8501.
Sebelum ini Kedutaan Amerika mengeluarkan kenyataan terdapat ancaman bom daripada militan ISIS yang mensasarkan bank dan hotel di Surabaya.
Dalam kenyataan itu, pihaknya menasihatkan warga Amerika yang berada di Surabaya berhat-hati dengan ancaman itu.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/