Tuesday, January 6, 2015

Asus Zenfone 2 Kini Rasmi – 4GB Ram, 2.3GHz 64-bit Quad Core Intel® Atom™, Kamera 13 Megapiksel

Asus Zenfone 2, siri Zenfone 4,5 dan 6 sebelum ini mendapat sambutan hangat pengguna di Malaysia.Kami tidak jangka Asus akan memperkenalkan generasi baru Zenfone mereka dengan spesifikasi yang ditambah baik dari segala aspek. Dilengkapi dengan spesifikasi tinggi, Asus Zenfone masih mengekalkan cip pemprosesan Intel® Atom™ namun versi yang lebih baik.
Terdapat dua model Zenfone 2 yang diperkenalkan hari ini yang berbeza dari segi saiz ram yang digunakan. Siri Zenfone sememangnya terkenal hadir dengan beberapa model yang sama namun berbeza spesifikasi.
Berikut merupakan spesifikasi yang ada pada Zenfone 2 kali ini :
Paparan Skrin5.5-inch IPS (1920 x 1080). Corning® Gorilla® Glass 3.
Processor64-bit Quad Core Intel® Atom™ (1.8GHz) Z3560/ (2.3GHz) Z3580 processor.
RAM2GB atau 4GB.
Saiz Memori16GB/32GB/64GB, microSD card slot 64GB.
KameraKamera utama : 13MP, f/2.0-aperture, 5-element, auto-focus lens with dual-color Real Tone flash.
Kamera hadapan: 5MP, f/2.0-aperture, wide-angle 85-degree lens with Selfie Panorama.
Bateri3000mAh lithium-polymer dengan teknologi pengecasan pantas.
Connectivity802.11ac, Wi-Fi Direct, Bluetooth 4.0, NFC, GPS
NetworksGSM, 3G, 4G LTE
Versi AndroidAndroid 5.0 Lollipop + Zen UI
Dimensi Hardware152.5 x 77.2 x 10.9-3.9mm, 170g
Asus Zenfone 2 hadir dengan rekaan baru, bezel tepi yang sangat nipis (sekitar 3.3mm). Masih mengekalkan teknologi PixelMaster pada kamera telefon pintar tersebut, Zenfone 2 seperti siri Zenfone sebelum ini berkebolehan mengambil gambar dengan kualiti terbaik dalam keadaan kurang pencahayaan.
PixelMaster dengan Low light Mode mengggunakan teknologi “pixel-merging” yang mampu menghasilkan gambar pada waktu malam, 400% lebih cerah tanpa perlu kepada bantuan flash.
Menyentuh mengenai soal harga, Asus Zenfone 2 dengan spesifikasi 1.8GHz Quad Core Intel® Atom™ Z3560 dan 2GB ram akan mula dipasarkan pada harga sekitar $199 (RM700+-) . Tarikh  jualan dan pelancaran rasmi terutama di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews