Thursday, January 22, 2015

2 Lelaki Lari dari Tahanan Polis Guna Serbuk Kari Berjaya Ditangkap



Kepala Batas: Selepas dua tahun diburu dua tahanan yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan untuk dibawa bagi perbicaraan di Mahkamah Butterworth Hamzani Harun (Mat Blue) dan Hissam Abdul Rahman (Sham Tok E) ditahan polis dalam serbuan di Jitra Kedah, 11.30 pagi semalam dan 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, Hamzani ditahan 11.30 pagi semalam Kampung Akar Batu dan ketika itu dia sedang mengutip daun ketum dalam kebun getah disyaki untuk dijual.

Manakala Hisham pula ditahan 3.30 pagi tadi di rumah kosong Kampung Bukit Wang.

"Kedua-dua mereka amat licik dan kerap berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain serta tidak menonjolkan diri bagi mengelak dikesan.

"Mereka juga menukar penampilan iaitu Hamzani berambut panjang manakala Hisham memotong rambut gaya Mohawk," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth, 2 petang ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - Harian Metro

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews