Tuesday, December 30, 2014

Tersalah Tertembak Adik Ketika Memburu Di Hutan

Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan,Sepitang di sini, semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.
"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.
"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.
Sumber :http://www.hmetro.com.my/

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews