Wednesday, December 31, 2014

QZ8501: iNFO TERKINI,PENEMUAN LEBIH 40 MAYAT DITEMUI DI LOKASI DALAM KEADAAN TRAGIK DAN TIDAK BERPAKAIAN.

Laporan media Indonesia menyatakan lebih 40 mayat telah ditemui di kawasan serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan kesemuanya akan dibawa balik ke Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Mayat-mayat berkenaan telah dibawa naik ke atas Kapal Tentera Laut Republik Indonesia KRI Bung Tomo.

Menurutkenyataan dari Kepala Dinas Penerangan (Kadispen) TNI AL Laksma Manahan Simorangkir, “Ada lebih dari 40 jenazah.”

Daripada pemerhatian, diyakini semua 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal terkorban dalam nahas berkenaan selepas tiga hari pesawat yang dinaiki mereka hilang sejak Ahad lepas.

Reaksi keluarga juga begitu menyayat hati khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya apabila mengetahui bahawa serpihan yang ditemui di permukaan laut disahkan pesawat berkenaan yang sudah terhempas.

Pesawat QZ8501 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum dikatakan menghadapi cuaca buruk dan hilang serta terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi Ahad lepas. - MYNEWSHUB.CC

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews