Wednesday, December 24, 2014

KENCING TIKUS, REMAJA BASUH MOTOSIKAL JADI MANGSA

kencing-tikus-1
 KENCING TIKUS, REMAJA BASUH MOTOSIKAL JADI MANGSA | ALOR SETAR: Satu lagi kes jangkitan kencing tikus dilapor di Kuala Nerang.Ia melibatkan pelajar yang baru mengambil keputusan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Fahmi Abd Razak, 15, dari Kampung Kubu, Kuala Nerang yang dilapor berada dalam keadaan kritikal yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pagi semalam akibat demam sejak seminggu lepas.
Difahamkan sebelum itu Fahmi dan beberapa rakannya telah pergi untuk mandi dan membasuh motosikal mereka di Sungai Perik, Kampung Perik.
Kakaknya Rahimah Abd Razak, 25, berkata sebelum dibawa ke hospital, adiknya sempat mengambil keputusan PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang pada pagi Isnin walaupun dia dalam keadaan tidak sihat.
“Pagi Isnin dia pergi ambik keputusan PT3 sebelum dia balik ke rumah dan minta ubat dan masuk ke dalam bilik untuk tidur. Kami sekeluarga tak sempat pun nak tengok keputusan peperiksaannya.
“Pada pukul 10 malam, ayah bawa dia ke Hospital Kuala Nerang kerana mata dia menjadi kuning dan kemudian dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 2.30 pagi semalam,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rahimah berkata di HSB adiknya disahkan mengalami jangkitan kencing tikus. Beliau berkata doktor memberitahu berlaku pendarahan pada paru-paru adiknya. Bapa mangsa Abd Razak Man, 49, berkata beliau sebelum ini melarang anaknya mandi sungai.
Namun beliau berkata sungai tersebut yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya kelihatan bersih. Awal bulan ini, seorang kanak-kanak dari Bukit Pinang dekat sini meninggal dunia disyaki akibat dijangkiti kencing tikus setelah mandi di sebuah pusat rekreasi di Yan. Ibu dan dua adiknya turut dijangkiti kencing tikus.Apa faktor, tanda, rawatan & langkah pencegahan Kencing Tikus.
 Apa faktor, tanda, rawatan & langkah pencegahan Kencing Tikus
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
GEJALA KENCING TIKUS
Faktor risiko: Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda/Gejala: Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
Batuk tidak berkahak
Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
Radang selaput mata.
Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan: Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
- See more at: http://eberita.org/kencing-tikus-remaja-basuh-motosikal-jadi-mangsa/#sthash.3QZRFsva.dpuf

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews