Gambar terakhir pesawat Airasia QZ 8501 Surabaya ke Singapura sebelum hilang. Seperti sedia maklum, pesawat Air Asia telah terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada pukul 6.16 pagi (waktu tempatan) manakala pukul 7.24 pagi waktu Malaysia pada 28 Disember 2014. Pesawat yang membawa seramai 155 penumpang yang majoriti terdiri daripada warga Indonesia sehingga kini masih gagal dikesan.
Gambar Terakhir Pesawat Airasia QZ8501 Sebelum Hilang
Seorang penumpang sempat mengambil gambar kabin buat kali terakhir dan memuat naik menerusi laman sosial sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya.
Foto terakhir profil bbm milik Khairunisa Haidar Fauzi salah seorang pramugari Air Asia QZ8501. Difahamkan, Khairunisa sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.
Sumber: melvister.com