Jennifer Lopez Malaysia, itu gelaran yang diberikan kepada penyanyi dan juga pelakon, Ziana Zain. Selain Ziana, ada beberapa nama lagi yang turut dikaitkan dengan selebriti Hollywood. Biarpun mereka tidak meraih populariti seperti artis-artis luar negara terbabit, tetapi sedikit-sebanyak mereka punya persamaan. Jom kita lihat apa persamaan dan perbezaan mereka ini:-
Ziana Zain VS Jennifer Lopez
Ziana Zain VS Jennifer Lopez
kredit foto - thegreatfoto23@blogsport.com
Ziana Zain dan Jennifer Lopez masing-masing berada di usia 40-an. Selain mempunyai tona kulit yang seakan-akan sama, kedua-dua selebriti ini kelihatan semakin menawan dan sentiasa menjadi perhatian apabila menghadiri mana-mana acara hiburan. Raut wajah mereka juga banyak persamaan iaitu masing-masing punya wajah bujur dan dagu yang runcing.
Tentang fesyen yang mereka gayakan, Jennifer Lopez memang bijak memilih gaya busana yang mahu diperagakan. Begitu juga Ziana, dia merupakan salah seorang artis wanita yang menjadi ikon fesyen. Jika tidak masakan dia berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dengan menampilkan koleksi eksklusif ZZ by RR (Ziana Zain by Rizman Ruzaini).
Walaupun sudah berhijab, namun faktor tersebut sama sekali tidak menghalang Ziana untuk masih tampil anggun bergaya. Dia menegaskan yang dia tidak mahu menjadikan faktor berhijab untuk membataskan minatnya dalam bidang fesyen.
Stacy VS Miley Cyrus

Gaya lincahnya beraksi di pentas sedikit sebanyak menjadi faktor Stacy dikatakan seperti Miley Cyrus. Stacy punya kebolehan yang jarang dimiliki oleh penyanyi-penyanyi wanita Malaysia yang lain. Dia mampu menyanyi sambil menari dengan lincah ketika membuat persembahan. Biarpun Stacy tidak tampil 'seliar' Miley Cyrus, tetapi dia juga memiliki gaya atau keberanian seperti bintang Kelab Disney itu.
Stacy tidak teragak-agak untuk mencuba pelbagai gaya rambut. Selain berani memotong rambutnya pendek dalam pelbagai gaya, Stacy juga turut mewarnakan rambutnya dengan warna-warna berani seperti merah dan perang keemasan. Walaupun menafikan persamaan antara dia dan Miley, namun kadang kala GUA dapat melihat bayangan Miley dalam diri Stacy yang mungkin tidak disengajakan oleh juara Akademi Fantasia itu.
Tidak dinafikan, Stacy tidaklah se’daring’ Miley namun dia mempunyai semangat tabah serta rajin yang menjadikan dirinya unik. Anak jati Sabah ini juga mempunyai semangat yang kuat dalam memperjuangkan minatnya dalam bidang nyanyian serta dia juga jarang dihimpit dengan pelbagai gossip negatif.
Dayang Nurfaizah VS Beyonce

Berbeza di awal kemunculannya dahulu, Dayang dilihat semakin bijak bergaya dari masa ke semasa. Pernah mewarnakan rambutnya dengan warna yang keperang-perangan menjadikan dirinya mirip Beyonce.
Malah bonus yang dimiliki oleh Dayang adalah dia mempunyai vokal serak-serak basah yang membezakan suaranya dengan penyanyi wanita lain. Malah dia juga boleh membawakan lagu berentak R&B yang menjadikan dia antara penyanyi yang berada di kelasnya tersendiri.
Namun kini Dayang dilihat lebih sopan berpakaian dan tidak lagi seksi seperti dahulu. Dayang juga kini lebih selesa dengan rambut warna hitam serta pemakaian yang minimal. Namun, Dayang sememangnya dikenali dengan perwatakannya yang sopan santun serta tidak sombong.
Farah Wahida VS Kajol

Artis bersuara lunak ini mendapat jolokan Kajol Malaysia kerana rupa parasnya yang seakan-akan pelakon Bollywood tersebut. Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang hampir serupa malah Farah juga mempunyai rambut ikal mayang.
Malah, Farah juga bgoleh menyanyikan lagu-lagu Hindustan yang menjadikan persamaan mereka kelihatan semakin menonjol. Malah, kulit sawo matang yang dimiliki Farah juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan Farah begitu mirip Kajol.
Sari Yanti VS Kristin Kreuk

Walaupun memegang status sebagai ibu kepada dua orang anak, namun Sari Yanti mempunyai susuk tubuh kecil molek yang menjadi bonus kepadanya. Wajahnya dikatakan mirip kepada pelakon Hollywood, Kristin Kreuk kerana memiliki sepasang mata serta hidung yanglebih kurang sama.
Sekali imbas, dapat dilihat bayangan aktres Hollywod yang dipopularkan menerusi siri Smallville ada pada diri Sari Yanti. Paling penting, mereka berdua mempunyai senyuman yang begitu menawan sehingga mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.
Qalisha Ray VS Kim Kardashian

Mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang Qalisha Ray. Dia pernah tampil dengan sebuah album di bawah naungan komposer Ajai. Namun, tuah tidak begitu menyebelahi Qalisha Ray kerana tidak mampu bertahan lama dalam industri muzik tempatan. Biarpun Qalisha mempunyai paras rupa seperti Kim Kardashian, tetapi nasib mereka sama sekali jauh berbeza.
Kim mempunyai pengaruh yang cukup kuat di Hollywood. Penampilannya sentiasa menjadi ikutan dan kegilaan ramai gadis. Sedangkan Qalisha hanya tinggal nama. Dia langsung tidak membawa sebarang pengaruh dalam dunia hiburan tempatan.