Rabu, 3 April 2013

Pelajar Malaysia Buat Blog Seks Di Singapura



Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS) akan berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang
melakukan hubungan seks, terdedah.
Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr ‘untuk dinikmati oleh orang lain’.
Pasangan tersebut dikenali sebagai ‘Alvin and Vivian’ di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.
Blog berkenaan telah bermula pada 20 September apabila pasangan tersebut memuatnaikkan gambar-gambar mereka sedang melakukan persetubuhan
Dalam salah sekeping gambar, mereka malah mendakwa melakukan hubungan seks dalam tandas OKU di kawasan tumpuan pelancong di sana, Esplanade.
Mereka juga langsung tidak menutup wajah mereka.
Ketika ditanya oleh salah seorang pembaca blog mengapa mereka bertindak sedemikian rupa, Alvin dan Vivian berkata, mereka yang berfikiran terbuka tidak boleh menganggap sex merupakan satu perbuatan jenayah.
” Kami tidak melihat mengapa mereka yang aktif dalam seks, atau mereka yang berfikiran terbuka dalam kehidupan seks perlu dilayan seperti penjenayah.
” Seks adalah proses reproduktif biasa yang tidak boleh dikaitkan dengan stigma,” kata mereka seperti yang dipetik dalam akhbar The New Paper Singapore.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Navigation number






<--http://gempaknya.blogspot.com/ -->

Iklan-Iklan

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di Sini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews