Wednesday, January 25, 2012

Lelaki Kenya Selamat Setelah Menggigit Ular Sawa Yang Membelitnya


Gambar Hiasan Sahaja



Seorang lelaki warga Kenya menggigit seekor ular sawa yang membelitnya menyebabkan dia diheret haiwan itu di atas sebuah pokok, lapor media tempatan semalam.

Lelaki itu yang merupakan seorang pengurus ladang, Ben Nyaumbe sedang melakukan kerja tetapi dia tidak menyedari kehadiran reptilia yang mencari makan.

"Saya terpijak satu objek di atas tanah, tiba-tiba kaki saya dibelit seekor ular sawa," katanya.

"Saya kemudian terpaksa menggigitnya," kata Nyaumbe.

Ketika berada di atas pokok, ular itu melonggarkan cengkamannya dan peluang itu diambil oleh Nyaumbe yang mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar sebelum membuat panggilan kecemasan.

Seorang penyelia Nyaumbe tiba bersama seorang anggota polis.

Nyaumbe kemudian menutup kepala ular tersebut dengan menggunakan baju manakala para penyelamat menarik ular tersebut dengan tali sehingga ia jatuh ke tanah.

"Saya dan ular itu jatuh berdebab," katanya yang cedera di bibir.

Ular itu bagaimanapun meloloskan diri daripada tiga helai guni yang diguna untuk mengikatnya

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews