Nasib si Superstar. Ada sahaja pihak nak ambil untung. Jika si superstar sudah meninggal atau berlaku apa-apa tragedi lagi tinggilah nilainya. Inilah yang berlaku kepada Michael Jackson di mana rambutnya dilelong dengan harga yang tinggi. Rambut Michael ini dikumpul di Hotel Carlyle di bilik air hotel tersebut. Ketika itu Michael sedang mengadakan ‘Charity Event’ dan menginap di hotel di New York itu.
Rambut yang disimpan sejak tahun 1980an ini akhirnya telah dilelong di rumah lelong Gotta Have Rock and Roll dengan sijil pengesahan rambut itu milik sebenar Michael Jackson. Lelongan telah dibuka dengan harga USD1,000 tetapi telah dibida oleh pemenangnya dengan harga USD10,871.00 lebih kurang RM35,000. Wow, kepada harga rambut sejemput!
Ini bukan penjualan rambut pertama Superstar kerana sebelum ini rambut Justin Bieber juga pernah dilelong. Lebih kelakar lagi gigi John Lennon juga pernah dilelong. Aduhlah!
sumber: ohartis.com