Friday, December 23, 2011

Kiub Rubik Diselesaikan Dalam Masa 26 Tahun

Seorang lelaki bernama Parker yang berasal dari British mengambil masa 26 tahun untuk menyelesaikan kiub rubik 4x4
Parker, 45, membeli permainan tersebut pada 1983 ketika Yuri Andropov masih menjadi pemimpin Kesatuan Soviet yang kini telah berpecah dan dikenali sebagai Rusia.
"Saya berasa lega kerana berjaya menamatkan permainan. Sebahagian hidup saya dihabiskan bermain permainan itu dan ia juga hampir membuatkan saya gila," katanya.


"Saya terlepas beberapa perkara penting dalam kehidupan semata-mata untuk menyelesaikan permainan itu dan saya juga tidak tidur malam kerana memikirkan masalah itu," katanya.


"Rakan-rakan saya menawarkan bantuan tetapi saya mahu menyelesaikan permainan itu sendiri.


"Apabila saya memusing kiub terakhir dan berjaya menyelesaikan permainan itu saya terus mengalirkan air mata," tambahnya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Kiub Rubik Dunia menyatakan bahawa masa yang diambil oleh Parker untuk menyelesaikan permainan itu merupakan satu rekod.

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews